Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the disabled-source-disabled-right-click-and-content-protection domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Kementerian Pertahanan bantu PVATM, bukan bermusim – Air Times News Network
Home Pertahanan dan Keselamatan Kementerian Pertahanan bantu PVATM, bukan bermusim

Kementerian Pertahanan bantu PVATM, bukan bermusim

by Nurulhuda

Shah Alam, 5 Mac – Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) menegaskan sumbangan dan keprihatinan Kementerian Pertahanan terhadap pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu bukan bersifat bantuan bermusim bagi menarik undi menjelang PRU14.

Timbalan Presidennya, Kapten (B) Datuk Sharuddin Omar menyatakan, kementerian tersebut telah menyelesaikan beberapa perkara yang menjadi isu dalam PVATM dan sedang berusaha memastikan isu berbangkit diselesaikan.

Menurutnya, antara perkara yang menjadi isu adalah perumahan, kesihatan dan pencen, menunjukkan berlakunya pergerakan progresif bagi memastikan ahli PVATM berjumlah 160,000 orang di seluruh negara terbela. “Saya ingin mengajak mereka atau sesiapa yang mempunyai pandangan berbeza, kita mempunyai satu organisasi yang cukup jelas.

“Kita mempunyai 264 cawangan seluruh negara dengan 14 negeri yang mempunyai fungsi dan organisasi lengkap untuk sama-sama menyuarakan hasrat serta  menyuarakan perjuangan tentang kepentingan dan kebaikan bersama,” katanya kepada Sinar Harian di pejabatnya di sini.

Katanya, kementerian turut membuktikan keprihatinan dalam isu perumahan anggota tentera dengan tindakan drastik iaitu rumah-rumah mampu milik dilaksanakan secepat mungkin termasuk melaksanakan program perumahan mampu milik di Perak, Johor dan Sungai Besi dengan nilai tidak lebih RM200,000 untuk setiap unit.

“Melalui Strategi Lautan Biru Kebangsaan, peruntukan 200 rumah mampu milik diberi secara percuma berharga RM45,000 di semenanjung dan RM50,000 di Sabah dan Sarawak, selain rumah baik pulih dengan peruntukan sebanyak RM11,000 hingga RM15,000,” katanya.

Selain itu katanya, isu kesihatan veteran turut diberi perhatian oleh kementerian dengan mewujudkan beberapa pendekatan bagi penyelesaian kesihatan dan difahamkan sebanyak RM66 juta diperuntukkan untuk dialisis sepanjang tahun lalu dan RM30 juta untuk kos perubatan lain.

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?