Home Semasa Penjawat awam antara dua lelaki ditahan SPRM Sabah

Penjawat awam antara dua lelaki ditahan SPRM Sabah

by Pasri Asyraf

KOTA KINABALU, 9 Feb – Seorang kakitangan awam sebuah jabatan di Beaufort adalah antara dua lelaki yang ditahan reman selama lima hari bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah berhubung dakwaan rasuah.

Perintah tahanan reman berkenaan dikeluarkan oleh Majistret Afiq Agues selepas permohonan dibuat oleh Pegawai Pendakwa SPRM, Faliq Basirudin.

Penjawat awam berumur 54 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Kota Kinabalu pada 10.30 malam tadi manakala orang awam berumur 46 tahun itu ditahan pada 8.15 malam tadi di sebuah restoran di Beaufort.

Mereka dikatakan meminta wang sebanyak RM35,000 daripada seorang pengadu bagi membolehkan geran tanah milik arwah bapa pengadu tidak ditahan di pejabat tanah dan ukur Beaufort.

Kedua-dua lelaki berkenaan disiasat mengikut Seksyen 16 (a) (A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. – Bernama

Related Articles

Leave a Reply