Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat 9 Briged Laksana Program Jiwa Murni Bantu Mangsa Banjir di Sarawak

9 Briged Laksana Program Jiwa Murni Bantu Mangsa Banjir di Sarawak

by Air Times News Network

SIBU, 9 Feb – Tentera Darat telah melaksanakan satu Program Jiwa Murni (PJM) Pasca Banjir di pusat pemindahan banjir SJK (C) Tong Ah, Bintulu pada 8 Feb 2018.

Program yang melibatkan unit di bawah naungan Markas 9 Briged Kem Oya itu adalah dari Rumah Sakit Angkatan Tentera (RSAT) dan  624 Pusat Pergigian Angkatan Tentera (PGAT). Seramai dua pegawai dan 8 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) telah terlibat dalam program ini.

Antara perkhidmatan yang diberikan adalah pemeriksaan  kesihatan dan rawatan pergigian secara percuma diberikan kepada orang ramai yang terkesan dengan bencana banjir. Seramai 80 orang penduduk yang telah mendapat rawatan kesihatan dan pergigian sepanjang program dijalankan.

Rawatan ini bertujuan bagi mencegah penyakit berjangkit berlaku dalam kalangan mangsa banjir disamping memberi kemudahan rawatan kepada orang ramai. Perkhidmatan ini akan diteruskan sehingga semua pusat pemindahan ditutup dan merupakan sebahagian daripada projek NBOS.

 

Related Articles

Leave a Reply