Home SemasaGlobal China Bina Pangkalan Data Suara Rakyatnya untuk Meningkatkan Keupayaan Pengawasan

China Bina Pangkalan Data Suara Rakyatnya untuk Meningkatkan Keupayaan Pengawasan

by Air Times News Network

Kerajaan China telah mengumpulkan puluhan ribu sampel “suara suara” daripada warga sasaran dan memasukkan mereka ke dalam pangkalan data biometrik suara nasional, menurut laporan Human Rights Watch (HRW) yang diterbitkan Isnin.

Idea ini adalah agar  sistem automatik ini , yang masih dalam pembangunan, akan menggunakan pangkalan data untuk memilih suara individu dalam telefon dan perbualan lain demi meningkatkan keupayaan pengawasan oleh kerajaan.

iFlytech terajui pembangunan dan pengumpulan “Voice ID”

Sistem ini dilaporkan sedang dibangunkan oleh pakar pengakuan suara dan kecerdasan buatan China yang dipanggil iFlytech.

Maklumat ini bersifat biometrik seperti cap jari dan sampel DNA, serta dihubungkan dengamn nombor pengenalan dan butiran peribadi lain.

Polis China dibenarkan mengumpul pola suara dan data biometrik  dari sesiapa yang disyaki “melanggar undang-undang atau melakukan jenayah.” Tetapi HRW mengatakan bahawa sepanjang 2017 terdapat banyak contoh polis mengumpul sampel suara dari rakyat biasa, termasuk sekurang-kurangnya satu contoh dalam permohonan untuk pasport di Xinjiang pemohon dikehendaki menyerahkan sampel suara.  Dokumen dasar rasmi tidak ada yang menggariskan mengapa ini diperlukan, menurut HRW – Time.com

 

Related Articles

Leave a Reply