KUALA LUMPUR, 3 OKT – Seramai 2 pegawai dan 32 anggota dari Kompeni PANDURA (Para) terlibat dalam Latihan COPE TAUFAN Siri 1/23 yang berlangsung sejak 16 hingga 29 September lalu.
Pihak 10 Briged (Para) memaklumkan, anggota Kompeni PANDURA (Para) telah melaksanakan Latihan BLACK SHADOW Siri 2/2023 sebagai unit afiliasi dari BG HORNBILL yang melakukan Latihan KANOPI KENYALANG di sekitar kawasan Am Seberang Perak.
Latihan BLACK SHADOW Siri 2/23 ini adalah latihan bersama Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan United States Pacific Air Forces (US PACAF) yang melibatkan aturgerak pesawat udara dan penerjunan statik tempur dari anggota Kompeni Batalion Kelapan Rejimen Renjer Diraja (8 RRD).
“Latihan tersebut memfokuskan kepada latihan berkenaan tugas dan peranan Platun Tinjau Kompeni PANDURA (Para) yang berfungsi sebagai elemen tinjau yang mampu diaturgerakkan melalui kaedah penyusupan Millitary Free Fall,
“Pasukan seterusnya melaksanakan tugas tinjauan dalam operasi unit kecil di dalam membantu BG HORNBILL sebagai elemen tinjau terhadap kawasan musuh dan melaksanakan tugas-tugas kumpulan tinjau dan sniper dalam memusnahkan High Value Target (HVT) musuh atas perintah,
“Dan akhirnya melaksanakan penarikan keluar dan AAR,” jelas 10 Bgd (Para).
Menurut 10 Bgd (Para), latihan ini telah mencapai matlamat dengan memberikan gambaran sebenar kepada pegawai dan anggota mengenai tugas serta peranan pasukan khusus dalam menyokong operasi ketumbukan 10 Bgd (Para). -airtimes.my