Panglima 6 Briged, Brigedier Jeneral Abdul Aziz Ismail berkata,  PATI berusia 14 hingga 40 tahun terdiri daripada 11 lelaki dan tujuh wanita itu ditahan pada pukul 1.20 pagi berhampiran Pos 1, sempadan Bukit Kayu Hitam.

“Kesemuanya ditahan selepas pasukan rondaan bermotosikal membuat serbuan di kawasan ladang getah dan hasil pemeriksaan mendapati, mereka tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan yang sah,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Pihak ATM turut merampas 18 beg galas mengandungi pakaian, sembilan telefon bimbit serta wang tunai sebanyak RM156, wang Thailand sebanyak 320 Baht dan wang tunai Myanmar sebanyak 7,400 Kyats.

Mereka kemudiannya dibawa ke Balai Polis Bukit Kayu Hitam untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Abdul Aziz berkata, sejak Januari lalu sehingga hari ini,  seramai 135 PATI telah berjaya ditahan berbanding hanya 10 orang sepanjang tempoh sama tahun lalu.

“ATM akan terus komited meningkatkan kawalan di sempadan Malaysia-Thailand dalam usaha mengekang kemasukan PATI ke negara ini,” katanya. – Bernama