Home Pertahanan dan Keselamatan Raja Perlis berkenan berbuka puasa bersama warga tentera

Raja Perlis berkenan berbuka puasa bersama warga tentera

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 27 Mei – Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail berangkat menghadiri majlis berbuka bersama anggota dan pegawai Rejimen Renjer Diraja (RRD) dan Kor Polis Tentera Diraja (KPTD) malam tadi.

Majlis yang berlangsung di Masjid Muhammad Al-Fateh, Kem Wardieburn, Setapak di sini turut dihadiri Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid.

Turut serta Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man, Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Zulkipeli Kassim, Pengerusi Yayasan Kolonel Yang Dipertua RRD Leftenan Jeneral Datuk Mohd Zaki Mokhtar, Pengerusi RRD Briged Jeneral Datuk Md Din Abu dan Pengerusi KPTD, Briged Jeneral Mislan Anuar

Pada majlis itu, Tengku Fauziah berkenan menyampaikan sumbangan wang tunai kepada 44 orang yang terdiri daripada balu anggota, pesara tentera dan mereka yang mempunyai masalah kesihatan dan pernah berkhidmat dalam RRD serta KPTD.

Baginda turut berkenan menyampaikan sumbangan kepada golongan istimewa yang terdiri daripada keluarga anggota kedua-dua perkhidmatan tersebut.

Related Articles

Leave a Reply