ALOR SETAR, 2 Mac – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melalui Pasukan Batalion ke-4 Rejimen Renjer Diraja (RRD), merampas 810 kilogram daun ketum bernilai RM76,950 yang dipercayai untuk diseludup ke negara jiran malam tadi.
[blockquote align=”none” author=”Panglima 6 Briged, Brig Jen Abdul Aziz Ismail”]Rampasan itu dilakukan empat anggota dengan diketuai Mej Md Khoiri Ahmad pada pukul 10 malam setelah melihat sebuah kenderaan pacuan empat roda yang datang dari arah bertentangan dalam keadaan mencurigakan berhampiran Pos Sahara, Durian Burung, dekat Padang Terap [/blockquote]
Beliau berkata, pasukan berkenaan kemudian cuba menahan kenderaan sebelum pemandunya melarikan diri di dalam semak berhampiran dengan meninggalkan kenderaan itu.
Katanya, pemeriksaan yang dilakukan menemui bungkusan plastik hitam yang mengandungi daun ketum yang dipercayai untuk dibawa keluar ke negara jiran.
“Terdapat 70 bungkusan plastik hitam berada di bahagian belakang Pajero tersebut untuk dibawa keluar ke negara jiran kerana daun ketum mendapat permintaan yang tinggi di negara jiran.