Top Posts
MINDEF nilai semua pilihan misil anti kapal selepas...
CAESAR – Impian sejak tiga dekad hingga menjadi...
NSM: Malaysia tolak perolehan aset yang jejas kebebasan...
Airbus sasar penerbangan pertama Tiger Mark III tahun...
China kenakan sekatan terhadap firma dron, aeroangkasa dan...
Perolehan fasa kedua LCA TUDM belum dimuktamadkan
Somalia dakwa Israel hantar 50 anggota tentera ke...
Gambar tular 4 indvidu: Tiada sebarang unsur jejaskan...
Program jiwa murni pendekatan strategik eratkan tentera, masyarakat
CAPINT: Kereta kebal baharu KNDS untuk era tempur...
  • About
Air Times News Network
  • Semasa
    • Ekonomi
    • Politik
      • Barisan Nasional
      • PAS /PPBM / LAIN
      • Pakatan Harapan
  • Pertahanan dan Keselamatan
    • Tentera Darat
    • Tentera Laut
    • Tentera Udara
  • Sejarah
  • Diskusi
  • Teknologi Pertahanan
  • PR Newswire
  • Video
Home Semasa
Kategori:

Semasa

google.com, pub-4655215500299199, DIRECT, f08c47fec0942fa0
Semasa

Pengusaha stesen minyak salahkan Najib atas kerugian

by Air Times News Network 7 Januari 2019
written by Air Times News Network

PETALING JAYA, 7 Dis – Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) menyalahkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana menyebabkan ribuan pengusaha stesen minyak tutup kedai.

PDAM berkata, di bawah kerajan Barisan Nasional (BN), kadar komisen tidak berubah sepanjang dekad lepas serta memberi kesan ke atas pendapatan pengusaha dan memaksa ramai daripada mereka menutup perniagaan lapor portal Free Malaysia Today.

“Ramai pengusaha terpaksa menutup perniagaan, ramai pekerja hilang sumber pendapatan dan lebih banyak keluarga menjadi mangsa kerajaan Najib yang tidak pernah mengambil langkah perlu bagi membetulkan keadaan,” kata PDAM.

PDAM juga mempersoal dakwaan Najib bahawa kerajaan Pakatan Harapan (PH) kini membantu pengusaha meraih keuntungan daripada harga baru minyak.

“Ia memberi gambaran seolah-olah pengusaha stesen minyak mendapat RM30 juta setiap bulan.

“Bagaimanapun jika anda bahagikan angka itu dengan 3,500 stesen minyak yang terdapat di seluruh negara, maka pertambahan purata keuntungan kasar ialah sebanyak RM8,500 sebulan bagi setiap stesen.

“Dalam pada itu, pertambahan kos yang ditanggung pengusaha sepanjang 10 tahun lepas melebihi RM10,000 sebulan,” katanya.

Persatuan itu berkata, hanya 10% daripada pengusaha termasuk dalam kategori jualan tinggi melebihi 600,000 liter sebulan, 67% tergolong dalam kategori jualan rendah ke sederhana di bawah 400,000 liter, sementara baki 20% lagi menjual kurang daripada 200,000 liter setiap bulan.

“Mereka yang menjual kurang 200,000 liter memperoleh pendapatan kira-kira RM1,500 sebulan,” katanya.

Ia berkata, kerajaan sebelum ini sedar tentang kesan pengenalan sistem apungan mingguan petrol RON95 ke atas 32,000 peniaga minyak di seluruh negara.

Keadaan itu diperburukkan lagi oleh peningkatan kos pekerja, caj kad kredit dan bayaran sewa kepada syarikat minyak.

PDAM berkata, berdasarkan statistik BN sendiri, ramai pengusaha layak menerima bantuan tunai di bawah BR1M kerana berpendapatan kurang RM4,000 sebulan.

Pada masa sama PDAM memuji kerajaan PH kerana menambah komisen mereka sebanyak 3 sen setiap liter.

Semalam kerajaan memperkenalkan semula sistem harga apungan mingguan menyebabkan harga petrol RON95 turun dari RM2.20 ke RM1.93 seliter.

Najib bagaimanapun berkata, harga runcit RON95 sepatutnya berada pada paras RM1.90, bukan RM1.93 setiap liter.

7 Januari 2019 0 comments
0 FacebookTwitterPinterestWhatsappTelegramCopy LinkThreadsEmail
Semasa

Kerajaan hormati keputusan Sultan Muhammad V – TPM

by Nurulhuda 7 Januari 2019
written by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 7 Jan – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata,
kerajaan Pakatan Harapan (PH) menghormati keputusan Sultan Muhammad V meletak jawatan Yang di-Pertuan Agong XV berkuat kuasa semalam.

Memetik laporan Bernama, beliau melahirkan rasa sedih berhubung keputusan itu memandangkan peristiwa pertukaran kerajaan susulan kemenangan PH dalam Pilihan Raya Umum ke14, Mei lalu, adalah satu peristiwa bersejarah kepada negara yang berlaku dan disaksikan semasa pemerintahan baginda.

“Baginda juga memberi pengampunan kepada suami saya (Datuk Seri Anwar Ibrahim).

Kami hormati keputusan Seri Paduka,” katanya selepas menghadiri jamuan malam Makmal Kemanusiaan 2.0 anjuran Mercy Malaysia di Universiti Antarabangsa Islam Malaysia (UIAM) malam tadi.

Beliau berkata pihaknya dimaklumkan mengenai peletakan jawatan itu melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Istana Negara, Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz, pada petang 6 Januari 2018.

Terdahulu, ketika berucap, Dr Wan Azizah berkata kerajaan Myanmar perlu bertanggungjawab dan tidak wajar membiarkan urusan menjaga kebajikan pelarian Rohingya dipikul oleh negara lain.

Katanya, masyarakat antarabangsa seharusnya memainkan peranan untuk memberi tekanan kepada Myanmar supaya bertanggungjawab serta memberikan hak-hak sepatutnya kepada pelarian Rohingya.

“Bentuk diplomasi kemanusiaan seperti ini diharapkan dapat diteruskan secara sistematik dan konsisten dalam memberi tekanan kepada pihak-pihak berkaitan dalam menyelesaikan permasalahan masyarakat Rohingya,” katanya.

7 Januari 2019 0 comments
0 FacebookTwitterPinterestWhatsappTelegramCopy LinkThreadsEmail
Semasa

Malaysia perlu bertegas tangani isu ruang udara dengan Singapura

by M.Daim 7 Januari 2019
written by M.Daim

PASIR GUDANG, 7 Jan – Penduduk di Pasir Gudang berharap isu ruang udara antara Malaysia dan Singapura dapat diselesaikan dengan baik.

Seorang penduduk tempatan yang ingin dikenali sebagai Arifin Soleh ketika ditemui berkata, beliau turut berharap agar kerajaan Malaysia untuk bertegas dengan Singapura kerana isu sebegini melibatkan banyak perkara termasuk keselamatan semua pihak.

“Hampir 30 ke 50 buah pesawat yang mendarat ke Lapangan Terbang Seletar terbang rendah melalui ruang udara kawasan perumahan dan bangunan tinggi,” kata Arifin.

Beliau menambah, kehadiran pesawat-pesawat yang terbang sekaligus memberikan ancaman keselamatan serta mengugat projek-projek pembangunan di Pasir Gudang.

“Perlaksanaan ILS yang baharu di Lapangan Terbang Seletar akan memberikan kesan negatif kepada penduduk Johor, khasnya di Pasir Gudang,” ujar Arifin.

Ditanya sama ada struktur binaan seperti kren atau tinggi sesebuah struktur boleh diubah, beliau menjelaskan tindakan tersebut merencatkan projek-projek pembinaan disamping menyebabkan pembaziran dari segi kos dan juga masa.

Isu ruang udara antara Malaysia dan Singapura timbul apabila Singapura bertindak mengisytiharkan perlaksanaan tatacara Sistem Pendaratan Instrumen (ILS) yang baharu di Lapangan Terbang Seletar melalui satu notis yang dikeluarkan oleh Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) pada awal Disember 2018.

Berdasarkan notis tersebut, tatacara berkenaan sepatutnya bermula pada 3 Januari 2019.

Notis ILS Seletar telah mendapat bantahan dari kerajaan Malaysia kerana tatacara tersebut memberikan kesan kepada pembangunan Pasir Gudang.

Penguasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) telah mengisytiharkan kawasan larangan kekal udara yang berkuatkuasa pada 2 Januari 2019 di ruang udara Pasir Gudang melalui NOTAM yang dikeluarkan 25 Disember 2018.

Isu ILS Seletar merupakan isu yang akan dibincangkan dalam pertemuan antara wakil kerajaan Malaysia dan Singapura yang dijadualkan akan berlangsung pada 8 Januari nanti.

7 Januari 2019 0 comments
0 FacebookTwitterPinterestWhatsappTelegramCopy LinkThreadsEmail
Semasa

Sultan Muhammad V letak jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong

by M.Daim 6 Januari 2019
written by M.Daim

KUALA LUMPUR, 6 Jan – Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V telah meletak jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 berkuatkuasa 6 Januari 2019.

Keputusan baginda telah dimaklumkan oleh pihak Istana Negara melalui satu kenyataan media yang dikeluarkan pada hari ini.

“Tuanku menzahirkan ucapan terima kasih kepada Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja yang telah memilih Baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke 15 mulai 13 Disember 2016,” kata Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Dato’ Wan Ahmad Dahlan dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh Istana Negara.

Tuanku Sultan Muhammad V turut menzahirkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada Perdana Menteri dan Kerajaan Malaysia yang telah memberi kerjasama dalam mentadbir negara.

“Selaku Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera, Baginda amat berbangga dengan pengorbanan serta taat setia yang telah dicurahkan kepada Baginda dan negara selama ini,” kata Datuk Pengelola Bijaya Diraja.

Dalam kenyataan yang sama, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V turut bertitah agar rakyat Malaysia terus bersatu demi negara.

“Kepada rakyat Malaysia, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku bertitah supaya rakyat Malaysia terus bersatu mengekalkan perpaduan, bertolak ansur dan bersepakat dalam memikul tanggungjawab terhadap negara yang berdaulat ini supaya Malaysia terus berada dalam keadaan aman dan harmoni,” jelas pihak Istana Negara.

Pada ketika ini, pihak Istana Negara turut melaporkan Tuanku Sultan Muhammad V sedang bersedia untuk berangkat pulang ke Kelantan Darul Naim.

Image
Image
6 Januari 2019 0 comments
0 FacebookTwitterPinterestWhatsappTelegramCopy LinkThreadsEmail
Semasa

Anak Positif Dadah: Mat Sabu serahkan kepada pihak polis jalankan tugas

by Air Times News Network 6 Januari 2019
written by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 6 Jan – Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu semalam mengesahkan penahanan anak lelakinya Ahmad Saiful Islam Mohamad oleh pihak polis selepas disyaki positif dadah jenis ganja dalam satu serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Ampang malam Jumaat lepas.

Mohamad berkata beliau te­lah dimaklumkan mengenai penahanan anaknya itu oleh pihak polis semalam.

“Susulan penahanan ini, saya dan keluarga menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk bertindak berdasarkan proses undang-undang sedia ada.

“Anak saya sama seperti anak orang lain juga tertakluk kepada proses undang-undang negara,” katanya.

Suspek yang ditahan bersama-sama seorang lagi rakannya berusia 33 tahun merupakan antara 101 individu iaitu 55 wanita dan 46 lelaki yang diperiksa dalam Op Pusat Hiburan, malam Jumaat.

Operasi itu dijalankan oleh sepasukan pegawai dan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) dan Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard (BIPS) Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

6 Januari 2019 0 comments
0 FacebookTwitterPinterestWhatsappTelegramCopy LinkThreadsEmail
Semasa

Saya bukan ‘barua Cina’! – Rosyam Nor

by Air Times News Network 5 Januari 2019
written by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 5 Jan – Penerbit dan pelakon terkenal, Datuk Rosyam Nor kecewa dan sedih dengan tohmahan melampau terhadap dirinya berhubung pemilikan 10 peratus saham di pasar raya ST Rosyam Mart yang diusahakan sejak tahun lalu.

Rosyam atau nama sebenar Mohamed Noor Shamsuddin  berasa kecewa dengan tuduhan yang tular mendakwa beliau sebagai ‘barua’ Cina, dan menjelaskan dirinya adalah pemegang saham sebanyak 10 peratus syarikat berkenaan.

“Saya amat kecewa dengan tuduhan dipergunakan seperti yang tular di media sosial. Untuk pengetahuan semua, saya pemegang saham 10 peratus syarikat ini.

“Saya tidak kisah orang kata saya bukan pemilik sebenar ST Rosyam Nor namun melabel saya seperti itu membuatkan saya sedih dan kecewa. Ada orang cakap saya hanya duta syarikat ini bukan pemilik, itu tidak benar,” kata pelakon filem KL Menjerit itu dalam satu sidang akhbar di pejabat Sri Ternak di sini sebentar tadi.

Dalam sidang akhbar tersebut, Rosyam turut mendedahkan syarikat itu dimiliki Datuk Raymond Ho Cheng Hann yang memegang saham sebanyak 89 peratus dan adiknya, Alan Ho Cheng Yek (1 peratus).

ST Rosyam Mart yang dibuka 24 jam sehari di Setiawangsa mula beroperasi sejak pertengahan tahun lalu.

Kata Rosyam lagi, beliau turut bersedih apabila ada segelintir pihak yang cuba untuk merosakkan reputasi dirinya dengan menyebarkan berita yang tidak sepatutnya.

Dalam pada itu, Rosyam turut membuat laporan polis terhadap individu yang mendakwa dia dengan pelbagai tuduhan dan menuduh bapa kepada pengarah Sri Ternak Group, Ho Ah Chai bekerja sebagai pengedar dadah.

Menurutnya, dia terpaksa membuat laporan tersebut dan mengadakan sidang akhbar kerana berasa malu dengan rakan kongsinya disebabkan dakwaan tersebut.

5 Januari 2019 0 comments
0 FacebookTwitterPinterestWhatsappTelegramCopy LinkThreadsEmail
Semasa

1,127 mesin simulator judi bernilai RM2.7 juta dirampas

by Air Times News Network 5 Januari 2019
written by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 5 Jan -Polis merampas 1,127 unit mesin simulator judi online bernilai RM2.7 juta dalam serbuan di sebuah gudang dua tingkat di Pusat Perniagaan Bukit Serdang, di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Serdang ACP Ismadi Borhan berkata serbuan kira-kira pukul 1 pagi itu dilakukan oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang selepas membuat risikan sejak dua hari lalu hasil maklumat daripada orang awam.

“Walau bagaimanapun, gudang ini didapati tidak berpenghuni ketika serbuan dilakukan sebaliknya hanya longgokan kotak mengandungi bahagian-bahagian mesin simulator.

“Siasatan awal mendapati mesin-mesin simulator judi dalam talian ini dipercayai untuk dibekalkan ke lebih 1,000 premis judi dalam talian di seluruh negara.

“Mesin-mesin simulator ini diimport dari luar negara dan dianggarkan sudah disimpan di dalam gudang ini kira-kira dua bulan lalu,” katanya kepada pemberita di lokasi serbuan di Taman Bukit Serdang, Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau berkata, rampasan itu merupakan serbuan terbesar setakat ini membabitkan mesin simulator judi dipercayai digunakan untuk aktiviti judi dalam talian.

Tambah Ismadi, pihaknya sedang giat mengenal pasti dalang di sebalik sindiket ini termasuk pemilik gudang kerana dipercayai gudang berkenaan adalah tempat simpanan dan baik pulih mesin-mesin tersebut.

Ismadi berkata kesemua rampasan akan diserahkan kepada pihak kastam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 135 (1) (a) Akta Kastam 1967 kerana mengimport barang-barang larangan.

Sabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak kurang 10 kali ganda dan tidak lebih 20 kali ganda nilai barangan atau dipenjarakan tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali, katanya.

 

 

5 Januari 2019 0 comments
0 FacebookTwitterPinterestWhatsappTelegramCopy LinkThreadsEmail
Semasa

RM300 hingga RM1,200 akan dikenakan denda ganti pasport hilang

by Air Times News Network 5 Januari 2019
written by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 5 Jan – Jabatan Imigresen akan mendenda RM300 hingga RM1,200 kepada pemilik pasport yang kehilangan dokumen berkenaan, berkuat kuasa Rabu lalu.

Memetik laporan Berita Harian, perintah denda itu turut membabitkan kerosakan pada dokumen berkenaan seperti yang terkandung dalam Warta Kerajaan Persekutuan berhubung Perintah Fi (Pasport dan Visa) (Pindaan) 2019 bertarikh 20 Disember tahun lalu.

Perintah yang disiarkan di laman sesawang rasmi Pejabat Peguam Negara itu dikeluarkan oleh Setiausaha Jemaah Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Bakar.

Menurut perintah itu, individu yang kehilangan dokumen terbabit buat pertama kali, dikenakan denda sebanyak RM400 kecuali kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah dan pelajar berusia 21 tahun yang belajar di luar negara.

Bagi kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah dan pelajar berusia 21 tahun yang belajar di luar negara pula, denda sebanyak RM300 akan dikenakan.

Bagi penggantian pasport kali kedua, denda sebanyak RM700 akan dikenakan manakala bagi kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah dan pelajar berusia 21 tahun yang belajar di luar negara, denda sebanyak RM600 akan dikenakan.

Jika pemilik kehilangan pasport buat kali ketiga, denda sebanyak RM1,200 akan dikenakan manakala RM1,100 bagi kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah dan pelajar berusia 21 tahun yang belajar di luar negara.

Sebelum ini, pemilik yang kehilangan dokumen berkenaan tidak dikenakan sebarang penalti.

5 Januari 2019 0 comments
0 FacebookTwitterPinterestWhatsappTelegramCopy LinkThreadsEmail
Semasa

Ribut Pabuk: Nelayan kembali turun ke laut

by Nurulhuda 5 Januari 2019
written by Nurulhuda

KUANTAN, 5 Jan – Keadaan angin kencang dan ombak bergelora akibat tempias ribut tropika Pabuk yang membadai Kampung Berserah awal minggu beransur pulih hari ini.

Memetik laporan Bernama, nelayan mula memuatkan barang persediaan seperti tong ikan dan ais ke dalam bot mereka sebelum turun menangkap ikan.

Nelayan di Kampung Beserah, Aziz Razali, 45, berkata nelayan di sini memutuskan untuk turun ke laut setelah melihat keadaan cuaca yang baik.

“Angin dilihat tidak kuat dan ombak juga sederhana. Jadi kami rasa kami sudah boleh turun ke laut menangkap ikan semula setelah hampir lapan hari tidak turun.

“Kami juga sudah memeriksa laporan Jabatan Meteorologi bagi mengetahui arah laluan ribut tropika Pabuk sebelum memutuskan untuk turun ke laut nanti,” katanya.

Aziz berkata keadaan laut di sini dilihat sedikit terjejas dengan kedatangan ombak besar bermula Selasa sehingga semalam dipercayai kesan daripada ribut tropika Pabuk yang melanda perairan Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

“Ombak paling kuat malam Khamis lepas. Kita nak turun ke laut pun bimbang sebab takut ribut melanda masa kita dekat tengah laut.

Sementara itu, Azmi Mohd, 39, berkata sepanjang hampir seminggu tidak dapat turun ke laut, dia dapat membaiki pukat dan membuat bubu tambahan.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan semalam memaklumkan ribut ini berada di Teluk Siam dan dijangka merentasi Segenting Kra.

Ribut membawa angin kencang berkelajuan 40 kilometer sehingga 50 kilometer sejam dengan ombak berketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di perairan Phuket dan Selat Melaka Utara sehingga esok yang turut melanda Perlis, Kedah, dan Pulau Pinang dalam tempoh sama.

 

5 Januari 2019 0 comments
0 FacebookTwitterPinterestWhatsappTelegramCopy LinkThreadsEmail
Semasa

‘Original Classic’ sahaja produk keluaran Gardenia KL

by Nurulhuda 4 Januari 2019
written by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 4 Jan – Syarikat Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd hari ini menegaskan hanya produk roti bercetak ‘Original Classic’ keluaran sebenar pihak mereka.

Pengurus Besar Pemasaran dan Perhubungan Awam Gardenia Kuala Lumpur , Hazlinah Harun ketika dihubungi berkata, roti gardenia bercetak  “Original Klasik” adalah keluaran syarikat lain yang tiada kena mengena dengan syarikat berkenaan.

“Kedua-dua produk roti putih berjenama Gardenia yang tular baru-baru ini adalah dari dua syarikat yang berbeza.

Pengurus Besar Pemasaran dan Perhubungan Awam Gardenia KL, Hazlinah Harun berkata terdapat perbezaan yang tersendiri di pembungkusan yang digunakan oleh Gardenia KL dan Gardenia Sabah.

“Jenama roti ‘Original Classic’ adalah produk keluaran Gardenia KL untuk pasaran Semenanjung Malaysia manakala ‘Original Klasik’ pula dihasilkan oleh Gardenia Sabah.

“Gardenia KL dan Gardenia Sabah adalah dua syarikat yang berbeza dan tidak mempunyai kaitan diantara satu sama lain,” katanya.

Beliau menegaskan Gardenia KL dan Gardenia Sabah mempunyai pihak pengurusan, polisi dan sistem operasi yang berbeza di antara satu sama lain.

Pasaran untuk Semenanjung Malaysia adalah diuruskan oleh Gardenia KL manakala pasaran Borneo/Malaysia Timur pula tertakluk dibawah pengurusan Gardenia Sabah.

4 Januari 2019 1 comment
0 FacebookTwitterPinterestWhatsappTelegramCopy LinkThreadsEmail
Newer Posts
Older Posts
google.com, pub-4655215500299199, DIRECT, f08c47fec0942fa0

Search

Kategori

  • Barisan Nasional (423)
  • Diskusi (491)
  • Diskusi (15)
  • Ekonomi (51)
  • Global (2,210)
  • Keselamatan Siber (7)
  • Pakatan Harapan (445)
  • Pameran Pertahanan (6)
  • PAS /PPBM / LAIN (260)
  • Pertahanan dan Keselamatan (5,364)
  • Politik (783)
  • Sejarah (34)
  • Semasa (6,948)
  • Singapore Air Show 2026 (8)
  • Sukan (7)
  • Teknologi Pertahanan (465)
  • Tentera Darat (1,133)
  • Tentera Laut (471)
  • Tentera Udara (358)
  • TLDM (8)
  • TUDM (8)
  • Uncategorized (1)
  • Video (6)

Meta

  • Log masuk
  • Suapan pemasukan
  • Suapan ulasan
  • WordPress.org
Facebook Twitter Instagram Pinterest Youtube Snapchat

Berita Popular

  • 1

    Pangkalan Udara Sendayan sudah siap, boleh digunakan sepenuhnya – MB Negeri Sembilan

    11 Mac 2018
  • 2

    Rakyat Malaysia terkorban sebagai askar upahan dalam konflik Ukraine-Rusia?

    29 Oktober 2024
  • 3

    Jangan pakai seragam tentera, PATRIOT nasihat Mat Sabu

    3 Jun 2018

Pertahanan dan keselamatan

  • MINDEF nilai semua pilihan misil anti kapal selepas pembatalan NSM

    23 Jun 2026
  • CAESAR – Impian sejak tiga dekad hingga menjadi realiti

    23 Jun 2026
  • NSM: Malaysia tolak perolehan aset yang jejas kebebasan operasi ATM

    23 Jun 2026
  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram
  • Pinterest
  • Linkedin
  • Youtube
  • Email
  • Snapchat
  • Rss

@2020 - Airtimes.my. All Right Reserved.

Air Times News Network
  • Semasa
    • Ekonomi
    • Politik
      • Barisan Nasional
      • PAS /PPBM / LAIN
      • Pakatan Harapan
  • Pertahanan dan Keselamatan
    • Tentera Darat
    • Tentera Laut
    • Tentera Udara
  • Sejarah
  • Diskusi
  • Teknologi Pertahanan
  • PR Newswire
  • Video