Semalam, Fitch Ratings telah menurunkan penarafan kredit Malaysia dari A- kepada BBB+. Pada masa yang sama, mereka menjelaskan bahawa ianya adalah impak negatif yang dirasai oleh ekonomi yang berpunca dari wabak COVID-19 dan ketidaktentuan politik semasa tanah air.
Bajet 2021 yang dibentangkan pada beberapa minggu lalu adalah lemah dan terlalu konservatif untuk menangani kesan-kesan sebegini.
Namun, Fitch percaya bahawa sasaran defisit belanjawan (6% tahun 2020, 5.4% untuk 2021) adalah realistik. Akan tetapi, mereka tetap menurunkan penarafan Malaysia.
Oleh itu, kita sebenarnya berada dalam situasi yang begitu membimbangkan. Belanjawan yang diumumkan adalah terlalu lemah untuk menjamin pemulihan ekonomi. Selain itu, kos pinjaman yang telah diturunkan tetap akan meningkat. Ini secara tidak langsung menghadkan keupayaan kita untuk melabur dalam sektor ekonomi dalam mencapai kemakmuran bersama rakyat Malaysia.
Adalah jelas kitaran belanjawan ini memerlukan pendekatan yang luar biasa dan bukan konvensional bagi memampan kos yang ditanggung akibat pandemik. Belanjawan seharusnya memberi fokus kepada apa yang betul kepada ekonomi kita, bukannya untuk mematuhi syarat dan kriteria yang digariskan oleh agensi penarafan.
Kita telah terlepas peluang itu dan rakyat Malaysia kini berisiko untuk menghadapi kesannya. – airtimes.my
*Penulis merupakan Ahli Dewan Negara, bekas Timbalan Menteri Pertahanan dan Pengarah Strategik DAP.
PENAFIAN:
Air Times News Network tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab mana-mana pemilik akaun sendiri. Terima kasih.




Ketika meletak jawatan pada Feb 2020, Tun Mahathir bercadang untuk menjadi Perdana Menteri kerajaan perpaduan (unity government). Beliau perlu mendapatkan semula mandat baru dengan sokngan majoriti Ahli Dewan Rakyat. Pada masa itu beliau yakin dan percaya akan mendapat sokongan dari ahli parlimen Pakatan Harapan, PAS dan kebanyakan dari UMNO.
Asalnya kiambang itu serumpun. Pada usia 74 tahun parti keramat Melayu, UMNO, terus berpecah, lahirkan begitu banyak parti politik Melayu Bumiputera, termasuk PKR yang majmuk. Belum nampak kiambang yang asalnya serumpun, akan kembali bertaut.

Untuk memecahkan sebarang kebuntuan, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin wajar menggunakan Parlimen sebagai wadah kerjasama, rundingan dan urus tadbir bersama dengan pihak pembangkang demi kebaikan negara di saat krisis Covid-19. Bagi melancarkan proses tersebut, adalah wajar bagi Muhyiddin untuk mengorbankan Hamzah Zainuddin dan Azmin Ali.
Masa depan negara bagai telur di hujung tanduk, dan cadangan pemerintahan darurat oleh pentadbiran Muhyiddin adalah bermulanya kehancuran yang entah bila penghujungnya. Ada banyak cara lain yang lebih baik untuk menangani wabak Covid-19, tetapi pemerintahan darurat bukanlah jawapannya.
Penambahan kes Covid 19 sejak kebelakangan ini amat membimbangkan dimana kes tertinggi melepasi 4 angka. Kerajaan memerlukan tindakan segera terutamanya perbelanjaan tambahan tanpa perlu kelulusan Parlimen.
Alhamdulillah! Khabar gembira dari Laut China Selatan buat seluruh rakyat Malaysia. Meski pun diganggu hebat oleh kapal-kapal China, kita semakin hampir untuk mencapai kemenangan selepas hampir lima bulan Petronas menjalankan kerja eksplorasi di sana.