Home SemasaMalaysia tegaskan daya tahan siber sebagai mata wang baharu kepercayaan global

Malaysia tegaskan daya tahan siber sebagai mata wang baharu kepercayaan global

by Zulfadhli Azmie
A+A-
Reset

KUALA LUMPUR, 30 SEPT – Menteri Digital, Gobind Singh Deo menegaskan daya tahan siber kini menjadi mata wang baharu kepercayaan global yang mendasari keselamatan negara serta kemajuan ekonomi.

Beliau berkata Malaysia tidak boleh lagi bersikap reaktif dalam menghadapi cabaran digital kerana ancaman terhadap infrastruktur kritikal dan teknologi operasi semakin kompleks serta berkembang pantas.

“Serangan berasaskan AI, kelemahan rantaian bekalan dan ancaman terhadap teknologi operasi serta infrastruktur kritikal bukan lagi kebimbangan jauh. Ia risiko nyata yang boleh menjejaskan keselamatan negara, kestabilan ekonomi dan keyakinan rakyat,” kata Gobind ketika merasmikan CyberDSA 2025 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), hari ini.

“Ketahanan siber ialah asas kemajuan ekonomi dan keselamatan negara, manakala kepercayaan digital membolehkan perniagaan berkembang, kerajaan mentadbir dengan berkesan dan rakyat mengguna manfaat transformasi digital dengan selamat,” tambahnya.

CyberDSA 2025 yang berlangsung sehingga 2 Oktober menghimpunkan lebih 8,000 peserta perdagangan dari 45 negara serta 150 pempamer dari 15 negara. Acara edisi ketiga ini menumpukan kepada tema Pioneering the Future: Building a Resilient and Trusted Digital Nation dengan menekankan pembinaan kapasiti, kerjasama rentas sempadan dan pembangunan infrastruktur digital. – airtimes.my

#AirTimesNewsNetwork #Semasa #Malaysia #CyberDSA2025 #KetahananSiber #MITEC

Related Articles

Leave a Reply