KUALA LUMPUR, 19 SEPT – Malaysia telah mengadakan perbincangan semula, susulan berhubung ketegangan yang kembali memuncak di sempadan Thailand dan Kemboja.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahimm, berkata beliau sendiri telah menghubungi kedua-dua pemimpin negara berkenaan bagi mendapatkan perkembangan terkini.
“Semalam saya telah berbincang dengan Perdana Menteri Thailand dan juga Kemboja.” katanya ringkas selepas merasmikan Sidang Kemuncak Halal Global (GHaS) 2025 di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), hari ini
Perkara itu susulan lawatan Perdana Menteri Thailand TYT Anutin Charnvirakul ke Malaysia selepas beliau memulakan tugas secara rasmi sebagai Perdana Menteri Thailand.
Menurut Anwar, kunjungan tersebut antaranya bertujuan bagi mempererat hubungan baik kedua-dua negara berjiran.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut mengenai hasil perbincangan dengan kedua-dua pemimpin berkenaan.
Justeru, beliau menegaskan keutamaan Malaysia adalah memastikan konflik tersebut ditangani melalui saluran diplomasi bagi mengelakkan implikasi terhadap kestabilan rantau.
“Saya menyeru agar segala isu yang timbul dibawa ke meja rundingan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Sempadan Bersama (JBC),” katanya dalam satu hantaran di Facebook.
Sehubungan itu, beliau turut menggesa ASEAN, mendesak Thailand untuk menghentikan kekerasan serta tindakan pengusiran penduduk secara paksa.
“Malaysia percaya bahawa semangat diplomasi dan persefahaman adalah jalan terbaik untuk menjamin keamanan dan kestabilan serantau,” tambahnya.
Terdahulu, Kemboja mendakwa tentera Thailand menghalang lebih 20 keluarga daripada pulang ke rumah mereka melalui kawasan sempadan yang menjadi pertikaian. -airtimes.my
#Airtimes #Sempadan #Thailand #Kemboja #Malaysia
