DENMARK, 6 FEB- Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi wilayah Palestin, Francesca Albanese mengecam atas cadangan Trump dan memberi amaran bahawa ia akan memburukkan lagi krisis serantau, lapor dari Agensi Anadolu (AA).
“Ia menyalahi undang-undang, tidak bermoral dan tidak bertanggungjawab sama sekali … apa yang dia cadangkan adalah karut,” kata Albanese di sidang akhbar ibu kota Denmark, Copenhagen, Rabu lalu.
Albanese menjelaskan lagi, ia merupakan satu hasutan untuk melakukan pemindahan paksa dan jenayah antarabangsa.
Berikutan, Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump meletakkan enklaf Palestin di bawah kawalan AS dan mencadangkan pemindahan penduduk Palestin dari Gaza ke negara lain.
Sehubungan itu, Albanese turut menolak tanggapan bahawa konflik yang berlarutan di Timur Tengah boleh diselesaikan oleh inseftif ekonomi.
“Sudah terlalu lama, masyarakat antarabangsa menganggap isu Palestin sebagai sesuatu yang boleh diuruskan melalui pembangunan, insentif ekonomi, dan bantuan kemanusiaan,” katanya yang berpendapat, sama sekali ia tidak berfungsi.
Pada masa sama, menegaskan bahawa kepentingan pertumbuhan ekonomi tidak boleh dicapai dengan mengorbankan hak asasi.
“Keamanan melalui pembangunan ekonomi adalah harapan untuk penyerahan, dan ia tidak akan berjaya.” ujarnya.
Justeru, Albanese mendesak komuniti antarabangsa yang terdiri daripada 193 negara untuk diberikan kepada AS dan mengambil pendirian lebih kuat.
Tegasnya lagi, memberi peluang kepada kemanan melalui kebebasan satu langkah menghentikan keganasan.
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pada malam Selasa di sidang media di Washington, mengumukan bahawa AS akan mengambil alih Genting Gaza dan menyatakan bahawa perancangan pembangunan semula dapat mengubah semula kawasan tersebut menjadi ‘Riviera Timur Tengah’.
“Kami akan memilikinya dan bertanggungjawab untuk membongkar semua bom yang tidak meletup dan senjata berbahaya lain di tapak tersebut, meratakan tapak dan membuang bangunan yang musnah, meratakannya, (dan) mewujudkan pembangunan ekonomi yang akan menyediakan bilangan pekerjaan dan perumahan yang tidak terhad untuk penduduk di kawasan itu,” kata Trump.
Daripada itu, Turkiye, Jordan, dan Mesir serta negara-negara serantau dan Eropah lain, termasuk UK, Perancis, dan Jerman telah menolak cadangan penempatan semula Trump. -airtimes.my
#AirTimes #Gaza #PBB #Palestin #Trump #Israel #Anadolu