Home GlobalNilai eksport produk pertahanan Turkiye, catat hampir $7.2 bilion pada 2024

Nilai eksport produk pertahanan Turkiye, catat hampir $7.2 bilion pada 2024

by Aqilah Azman
A+A-
Reset

ANKARA, 25 JAN – Negara Turkiye mencapai keunggulan global pada 2024, dengan mencapai rekod nilai eksport hampir $7.2 bilion bagi produk pertahanan.

Berikutan, produk pertahanan Turkiye telah dieksport ke lebih 180 negara, dengan sumbangan besar kepada sektor darat, laut, udara dan persenjataan maju.

“Lebih 4,500 kenderaan darat telah dihantar ke 40 negara, dan 140 platform tentera laut mencapai lebih daripada 10 negara,”.

Selain itu, 770 UAV dan UCAV juga telah dihantar ke lebih 50 negara, manakala tiga lagi negara menerima korvet buatan Turkiye.

Sehubungan itu, sorotan lain termasuk eksport 1,200 sistem senjata elektro-optik dan stabil, sistem radar ke 10 negara, dan 1,500 loitering munitions ke 11 negara.

Manakala, senapang dan pistol pelbagai saiz dihantar ke 111 negara, dan pesawat serangan darat TAI Hurkus menemui pembeli di dua negara.

Menurut Haluk Gorgun, presiden Agensi Industri Pertahanan (SSB) Türkiye, beliau menekankan keluasan pengeluaran pertahanan negara.

“Türkiye mencapai lebih 80 peratus penggunaan teknologi asli dalam produk pertahanannya dan disokong oleh bajet penyelidikan serta pembangunan yang mencecah hampir $3 bilion,”

Justeu, Türkiye terus mempertingkatkan teknologi pertahanannya dengan memberi tumpuan kepada pengeluaran enjin dalam negara untuk kereta kebal Altay, jet pejuang TAI Kaan, dan helikopter enjin berkembar TAI Gokbey.

Di samping, satelit pemerhatian TAI Gokturk-2 memasuki fasa ujiannya, merupakan antara langkah ke hadapan dalam menginovasikan aeroangkasa.

Menurut statistik yang disusun oleh Anadolu, sektor pertahanan negara telah memasuki era keemasan, mengukuhkan tentera bersekutu di seluruh dunia.

Kemajuan Turkiye dalam pengeluaran besar-besaran, penyelidikan dan pembangunan serta inovasi teknologi sekaligus telah mencapai kedudukan ke-11 dan meningkatkan dengan ketara jejak globalnya.

Sementara itu, penghantaran domestik turut menyumbang sebanyak $40 bilion kepada ekonomi negara itu.

Dengan itu, jumlah projek sektor pertahanan Turkiye pada 2024 melebihi $100 bilion dan menandakan pertumbuhan tahunan sebanyak 29 peratus.

Dalam pada itu, Eropah muncul sebagai pasaran teratas untuk eksport Turki, dengan permintaan tertumpu pada UAV, peluru berpandu pintar, kenderaan darat, kapal tentera dan sistem radar.

“Pencapaian penting ialah eksport sistem peninjauan elektro-optik ASELFLIR-500 Aselsan ke 16 negara,” ujarnya

Dalam masa sama, kapal tentera juga dihantar ke Portugal bagi menonjolkan keupayaan Türkiye yang berkembang dalam pertahanan tentera laut.

Sektor pertahanan negara terdiri daripada lebih 3,500 firma dan lebih daripada 1,100 projek aktif, menunjukkan kedudukan teguhnya dalam pasaran global.

Tahun lepas, Türkiye memohon bilangan tertinggi projek NATO, mengukuhkan peranannya sebagai penyumbang utama kepada keupayaan pertahanan bersekutu. -airtimes.my

#Airtimes #Defense #Anadolu #Turkiye

Related Articles

Leave a Reply