KUALA LUMPUR, 13 DIS – Penghantaran baki 10 kenderaan Cendana 4×4 Fitted For Radio (FFR) dijangka akan selesai pada bulan ini.
Penghantaran tersebut merupakan kumpulan akhir 20 kenderaan yang diperolehi untuk pasukan pengaman Malaysia (MALBATT) yang bertugas di Lubnan.
“Namun begitu, penghantaran akhir 10 kenderaan terbabit adalah bergantung kepada situasi semasa di Lubnan,” kata sumber kepada Air Times.
Menurutnya, kenderaan taktikal buatan tempatan itu merupakan antara usaha kerajaan untuk pertingkatkan aset MALBATT di Lubnan.
Cendana 4×4 FFR merupakan kenderaan yang dibekalkan oleh syarikat tempatan, Cendana Auto Sdn Bhd.
Kenderaan ini bertindak sebagai kenderaan komunikasi dan dipasang dengan kelengkapan radio.
Cendana 4×4 FFR mempunyai 5 tempat duduk dan dilengkapi dengan 1 rak radio serta kabinet pelbagai guna dalam kenderaan. – airtimes.my
#AirTimes #Pertahanan #MALBATT