LONDON, 13 DIS – Tentera British telah berjaya melaksanakan ujian senjata laser tenaga tinggi (HELWS) yang mampu menjejak dan memusnahkan dron secara berkesan.
Ujian tersebut, yang diadakan di Radnor Range, Wales, merupakan sebahagian daripada program demonstrasi senjata Laser Directed Energy Weapon (LDEW) Kementerian Pertahanan United Kingdom.
Menurutnya dalam satu kenyataan, senjata HELWS ini dibangunkan oleh Raytheon UK melalui kerjasama dengan Team Hersa.
“Sistem ini menggunakan pancaran tenaga infra-merah yang diarahkan ke sasaran menggunakan penderia canggih dan teknologi penjejakan masa nyata,
“Dengan keupayaan ini, setiap dron yang diuji berjaya ditembak jatuh dengan pantas,” kata kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pertahanan UK.
Difahamkan, senjata laser ini berupaya untuk menembak jatuh sasaran sejauh 1 kilometer.
Ujian tersebut menyaksikan HELWS telah dipasang pada kenderaan Wolfhound,
Kejayaan ini juga dilihat sebagai langkah strategik untuk menghadapi ancaman dron yang semakin meningkat dalam medan perang moden
Program ini dilaksanakan di bawah kontrak bernilai £16.8 juta dengan penglibatan Raytheon, Fraser Nash, NP Aerospace, LumOptica, Blighter Surveillance Systems, dan Cambridge Pixel. – airtimes.my
#AirTimes #TeknologiPertahanan #Laser