Home DiskusiKemegahan helikopter AW149 yang bakal menggantikan peranan Nuri

Kemegahan helikopter AW149 yang bakal menggantikan peranan Nuri

by Muhammad Izzat
A+A-
Reset

Helikopter Nuri telah lama menjadi tulang belakang bagi setiap operasi Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang dijalankan.

Namun, setelah berpuluh tahun perkhidmatan, Nuri kini semakin usang dan memerlukan pengganti yang lebih moden dan terkini.

Helikopter AW149 muncul sebagai pilihan utama bagi pihak TUDM untuk menggantikan peranan Nuri dan dapat memenuhi keperluan mereka.

Pada 6 Oktober 2024, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada ketika itu melihat Leonardo AW149 sebagai helikopter yang baharu bagi menggantikan peranan Nuri untuk kegunaan TUDM.

Menurut Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman, rancangan perolehan helikopter baharu untuk TUDM adalah melibatkan 24 buah helikopter yang dilaksanakan secara berfasa.

Menurutnya lagi, fasa 1 melibatkan 12 unit helikopter Combat Search And Rescue (CSAR) yang berkeupayaan secara utiliti dan fasa 2 adalah 12 buah lagi helikopter.

Helikopter AW149 mempunyai dua spesifikasi yang dapat digunakan untuk pihak TUDM, tujuan untuk CSAR dan tujuan pertahanan.

Kegunaan AW149 untuk tujuan CSAR

AW149 adalah helikopter yang sangat sesuai untuk misi CSAR kerana keupayaan operasinya yang terbaik dan mampu untuk terbang dalam keadaan cuaca yang buruk, yang menjadikannya aset yang penting untuk operasi CSAR di medan perang.

Selain itu, AW149 dapat mengangkut pasukan penyelamat dan peralatan perubatan dengan cepat dan efisien.

AW149 juga dilengkapi dengan sistem evakuasi yang canggih yang membolehkan mangsa dapat diangkat dari lokasi yang sukar dijangkau.

Kegunaan AW149 untuk tujuan pertahanan

Selain misi CSAR, helikopter ini juga dapat digunakan untuk pelbagai misi pertahanan termasuk kemampuannya sebagai pengangkutan untuk pasukan tentera, logistik, dan senjata yang menjadikan aset penting bagi TUDM.

AW149 juga dilengkapi dengan pelbagai senjata mesingan dan senjata roket, untuk memberikan sokongan kepada pasukan tentera darat.

Menurut PAT lagi, jenis helikopter yang telah dimuktamadkan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Awam Swasta kepada TUDM adalah 12, dan mereka melihat kepada Leonardo AW149 yang mempunyai keupayaan untuk melaksanakan misi CSAR serta penugasan utiliti.

AW149 dilihat sebagai ‘batu loncatan’ untuk TUDM bagi melaksanakan peranan Nuri sebelum ini.

Dengan penggantian Nuri, TUDM akan mempunyai helikopter yang lebih moden dan akan meningkatkan keupayaan operasi dan kesiapsiagaan mereka.

Related Articles

Leave a Reply