Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Tentera Darat tahan 2 penyeludup, rampas barangan runcit bernilai hampir RM200,000

Tentera Darat tahan 2 penyeludup, rampas barangan runcit bernilai hampir RM200,000

by Nurulhuda

PASIR MAS, 9 Sept – Tentera Darat Malaysia (TDM) menumpaskan aktiviti penyeludupan pelbagai barangan runcit yang dibawa masuk secara tidak sah ke negara ini selepas menahan 2 warga tempatan dalam operasi di sempadan Malaysia-Thailand pada Ahad.

Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Div) memaklumkan, serbuan pada jam 6 petang itu membawa kepada rampasan barangan termasuk lori yang dianggarkan berjumlah RM178,434.40.

Menurut pihak 2 Div, semasa melakukan rondaan rutin anggota bertugas telah mengesan kelibat 2 lelaki memunggah barang-barang runcit ke dalam sebuah lori yang diparkir berdekatan dengan Sungai Golok.

“Didapati bahawa kesemua barangan runcit tersebut telah dibawa masuk ke Malaysia melalui laluan yang tidak sah merentasi Sungai Golok dari sebelah Thailand,

“Kedua-dua lelaki yang ditahan merupakan warganegara Malaysia berumur 23 dan 25 tahun,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Pihak 2 Div memaklumkan, pemeriksaan barangan runcit yang telah dimuat naik ke dalam lori tersebut merupakan 31 kotak serbuk kopi, 7 kotak asam jawa dan 2 kotak rumpai laut.

Turut ditemui adalah 10 kotak kacang gajus dengan berat 200 kg dan 39 kotak set pinggan jenama Royal Procelain.

Susulan itu satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Lubok Stol dan kesemua barang rampasan telah diserahkan kepada pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Rantau Panjang untuk tindakan lanjut.-airtimes.my

#TDM #penyeludupan #sungaigolok #kelantan #airtimes

Related Articles

Leave a Reply