NEW YORK, 7 SEPT – Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), mengumumkan tender kecemasan bagi pemerolehan vaksin Mpox telah dikeluarkan untuk negara yang terjejas teruk.
Usaha tersebut adalah dengan kerjasama Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Pakatan Vaksin Global (GAVI), Pertubuhan Kesihatan Pan Amerika, Vaccine Alliance serta Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Afrika.
Berikutan, vaksin tersebut berperan penting dalam membendung penularan wabak mpox daripada berterusan dan kerjasama itu untuk meningkatkan akses dan peruntukan tepat pada masanya.
“Ketika kita berhadapan dengan wabak Mpox yang berterusan, perolehan dan pengedaran vaksin yang tepat pada masanya adalah penting untuk melindungi populasi yang paling terdedah, terutamanya di kawasan yang paling teruk dilanda,” kata Pengarah Bahagian Pembekalan UNICEF, Leila Pakkala.
Tambahnya, kesemua pihak harus bertindak tegas dengan segera atau berisiko membenarkan penyakit demam berdarah merebak lebih jauh dan menjadi ancaman global yang lebih besar.
Turut menyatakan, perjanjian terbabit yang mencecah 12 juta dos sehingga 2025 boleh dilaksanakan, bergantung pada permintaan, kapasiti pengeluaran oleh pengeluar dan pembiayaan.
Di bawah tender kecemasan, UNICEF merancang dengan menyediakan perjanjian bagi pembekalan bersyarat dengan pengeluar vaksin.
Hal ini demikian, membolehkan UNICEF membeli dan menghantar vaksin tanpa berlengah-lengah apabila negara dan rakan kongsi memperoleh pembiayaan, mengesahkan permintaan dan kesediaan, serta bersedia dalam kawal selia untuk menerima vaksin tersebut.
Dalam pada itu, pada 23 Ogos WHO menyemak semula maklumat yang dikemukakan oleh pengeluar dan dijangka menyelesaikan semakannya untuk Penyenaraian Penggunaan Kecemasan menjelang pertengahan September.
Lebih 18,000 kes yang disyaki Mpox, termasuk 629 kematian, telah dilaporkan tahun ini di Republik Demokratik Congo yang berada di pusat krisis dan empat daripada lima kematian adalah pada kanak-kanak.
Dengan itu, tender kecemasan ini sebagai salah satu langkah penting ke hadapan dalam usaha kolektif kami untuk mengawal penularan penyakit ini.
“Menangani kekurangan vaksin Mpox semasa dan menyampaikan vaksin kepada komuniti yang memerlukannya sekarang adalah amat penting.
Menurut Ketua Pengarah CDC Afrikan, Dr. Jean Kaseya, sambutan bersatu adalah penting dalam mengekang kesan kecemasan kesihatan awam dan menjaga kesihatan serta kesejahteraan komuniti.
“Dengan beberapa rakan kongsi berusaha untuk mendapatkan akses kepada bekalan, pengumuman hari ini mewakili satu langkah penting dalam kecemasan ini,
“Ini membolehkan UNICEF membeli dan menghantar vaksin selepas Gavi dan rakan kongsi lain menyediakan pembiayaan dan menandatangani perjanjian pembelian atau derma dengan pengeluar untuk keperluan dos yang paling segera. ,” ujar Dr Derrick Sim, Ketua Pegawai Pasaran dan Program Vaksin sementara di Gavi, Perikatan Vaksin.
Sementelahan, tender kecemasan direka untuk mendapatkan akses segera kepada vaksin mpox yang tersedia serta untuk mengembangkan pengeluaran.
Lanjutan, bekalan tersebut menyokong pelbagai tindakan balas perubatan seperti rawatan, pengasingan kes dan pengawasan.
UNICEF mengerahkan peralatan perlindungan diri, ujian diagnostik, kit rawatan perubatan, bekalan kebersihan dan khemah ke negara-negara di barisan hadapan krisis.
UNICEF juga ialah pembeli vaksin tunggal terbesar di dunia, memperoleh lebih daripada 2 bilion dos vaksin setiap tahun untuk imunisasi rutin kanak-kanak dan tindak balas wabak bagi pihak hampir 100 negara. – airtimes.my
#Malaysia #Global #AirTimes #MPOX