Home Teknologi PertahananGlobal Combat Air Programme (GCAP): Pesawat tempur generasi keenam Eropah dan Asia

Global Combat Air Programme (GCAP): Pesawat tempur generasi keenam Eropah dan Asia

by Zulhaizi Rosdi
A+A-
Reset

Global Combat Air Programme (GCAP) yang diperkenalkan pada 2022 lalu merupakan satu program kerjasama peringkat antarabangsa dalam menghasilkan pesawat tempur generasi baharu.

GCAP telah diperkenalkan melalui jalinan kerjasama antara tiga buah negara iaitu United Kingdom (UK), Jepun dan Itali menerusi syarikat pertahanan dari ketiga-tiga negara.

Tujuan utama GCAP adalah untuk menghasilkan pesawat tempur generasi keenam yang lebih canggih dan lebih berkemampuan di medan pertempuran bagi menggantikan pesawat tempur pada masa kini.

GCAP telah dibangunkan secara bersama oleh tiga buah syarikat terkemuka iaitu BAE Systems (UK), Mitsubishi Heavy Industries (MHI) Jepun dan Leonardo (Itali).

Ketiga-tiga syarikat ini akan bersama berganding bahu untuk merekabentuk meliputi kesemua teknik dan inovasi peralatan digital.

Konsep pembuatan ini termasuklah dengan menggunakan sistem model komputer dan tekonologi realiti maya (virtual reality) bagi membangunkan rekaan pesawat dalam fasa konsep.

Pesawat pejuang generasi baharu ini dijangka mula beroperasi pada tahun 2035 sekaligus akan menjadi salah sebuah pesawat pejuang paling canggih di dunia.

Dengan adanya prgram seperti ini, ianya menunjukkan bahawa negara-negara lain lebih maju kehadapan dalam peghasilan pesawat pejuang moden pada masa akan datang.

Melalui program ini juga menunjukkan negara-negara peserta serius dalam mempertingkatkan kemampuan sistem pertahanan udara mereka bagi menghadapi cabaran kemanan global yang semakin tidak menentu ketika ini.

Selain meningkatkan sistem pertahanan, negara-negara peserta juga akan menerima pelbagai manfaat daripada GCAP yakni kekuatan ekonomi, keunggulan teknologi baru serta kerjasama antarabangsa yang lebih kuat antara tiga negara.

Sistem baharu yang diperkenalkan oleh tiga negara ini akan beroperasi merentasi lima cabang iaitu udara, darat, laut, angkasa dan siber serta akan mempunyai pejuang generasi akan datang sebagai platform teras yang disambungkan kepada sistem lain.

Dengan keupayaan penggunaan teknologi digital sepenuhnya, pesawat tempur baharu itu akan mampu menjalankan pelbagai misi dengan aset lain secara terkoordinasi dan efektik.

Pesawat generasi keenam itu akan dibantu oleh infrastruktur arahan, kawalan dan komunikasi berdasarkan kecerdasan buatan AI, sistem pengkomputeran baharu, seni bina, cyber-resilient datalinks dan high-volume data transmission.

GCAP juga akan memacu perkembangan teknologi dan pertumbuhan jangka panjang ekonomi negara yang terlibat, mewujudkan pekerjaan berkemahiran tinggi dan menyokong ekosistem pengeluaran di seluruh rantaian bekalan pesawat pejuang baharu.

Jika menyebut tentang rancangan Malaysia dalam industri pertahanan pada masa akan datang, mungkin akan timbul persoalan mengapa Malaysia tidak menyertai GCAP atau adakah Malaysia disisihkan daripada program ini.

Setakat ini, Malaysia tidak dipanggil untuk turut serta dalam GCAP kerana Malaysia mungkin memiliki keutamaan pertahanan yang berbeza dan memberi fokus kepada keperluan yang lebih mendesak ketika ini.

Setiap negara memiliki strategi dan kebijakan pertahanan yang tersendiri dalam menaiktaraf sistem pertahanan bagi memastikan tiada sebarang ancaman berbahaya pada masa akan datang.

Selain itu, pihak Turkiye juga telah menawarkan peluang kepada Malaysia untuk menyertai program Turkish Aerospace (TAI) Kaan Fighter secara bersama.

Program Kaan adalah usaha untuk menghasilkan pesawat pejuang generasi kelima dan ianya merupakan program yang besar dalam penghasilan pesawat.

Sekiranya Malaysia memutuskan untuk menyertai program ini, ia pastinya akan menguntungkan industri pertahanan negara dan Malaysia berada di landasan tepat untuk membangunkan sistem yang lebih canggih pada masa hadapan.

Bukan itu sahaja, baru-baru ini Korea Selatan juga cuba menarik perhatian Malaysia terhadap sistem pertahanan udara jarak sederhana (MERAD– Medium Range Air Defence System) yang dibangunkan oleh syarikat pertahanan negara itu.

Cubaan ini terjadi selepas Malaysia menandatangani kontrak untuk memperolehi 18 buah pesawat pejuang ringan FA-50M bernilai kira-kira RM4 billion daripada Korea Selatan.

Sebelum ini, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah membuat permohonan untuk memperolehi satu bateri Sistem Misil Pertahanan Udara Jarak Sederhana (MERAD – Medium Range Air Defence) dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12).

Dalam perancangan pembangunan CAP55 TUDM, ia telah menggariskan perolehan sehingga empat buah bateri sistem pertahanan udara jarak sederhana (MERAD) bermula dariada RMK-12 (2021-25) hingga RMK-15 (2035-2040).

Perolehan sistem MERAD itu adalah untuk mengukuhkan sistem pertahanan udara negara yang pada ketika ini hanya bergantung kepada beberapa sistem pertahanan udara jarak dekat seperti Igla, FN6, Rapier, Jernas dan Starstreak.

Sistem MERAD yang sedang cuba dipromosi oleh Korea Selatan kepada Malaysia itu dikenali dengan nama “KM-SAM” atau yang juga dikenali dengan nama Koreanya, “Cheongung” atau Cheolmae II.

Justeru itu, tidak dinafikan sekiranya Malaysia mendapat tawaran daripada Korea Selatan kerana hubungan yang semakin erat antara kedua-dua negara benua Asia itu dalam industri pertahanan.

Related Articles

Leave a Reply