Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat EKS IRON THUNDER: Medan uji kompetensi anggota Skuadron Armor (PARA)

EKS IRON THUNDER: Medan uji kompetensi anggota Skuadron Armor (PARA)

by Nurulhuda

GEMAS, 14 Feb – Tentera Darat Malaysia (TDM) menerusi Skuadron Armor (Para) telah melaksanakan Eksesais (Eks) IRON THUNDER Siri 1/2024 di kawasan Lapang Sasar Asahan pada 5 hingga 9 Februari lalu.

Skuadron Armor (Para) memaklumkan, eksesais ini dilaksanakan bagi memastikan kesiagaan dan keupayaan pegawai serta anggota Skuadron Armor (Para) sentiasa berada di tahap yang tertinggi pada sebilang masa.

Selain itu, eksesais ini juga dapat meningkatkan serta mempraktikkan ilmu yang telah dipelajari mengikut Teknik, Taktik dan Prosedur (TTP) yang telah digariskan.

“Eksesais ini telah dijalankan melalui beberapa fasa diantaranya, Aturgerak Leading Para Battle Group (TALO); Menguasai dan mempertahankan lokasi; Melaksanakan Battle Hand Over (BHO); Melaksanakan Ulang Bekal dan Melaksanakan Serang Hendap,” jelas Skuadron Armor (Para) menerusi hantaran di media sosialnya, hari ini.

Tambah Skuadron Armor (Para), eksesais ini juga adalah sejajar dengan Teras Pertama Perintah Ulung Panglima Tentera Darat (PTD) Ke-30 iaitu Sumber Manusia: Cakna Etos Kepahlawanan yang menekankan tentang pembangunan program latihan secara realistik dan berfokus. -airtimes.my

#pertahanan #TDM #ArmorPara #eksesais #airtimes

Related Articles

Leave a Reply