LUMUT, 12 Feb – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Laut Vietnam (TLV) terus memperkukuhkan kerjasama serta meningkatkan kebolehoperasian aset melalui latihan Passage Exercise (PASSEX) di perairan Selat Melaka, pada Ahad.
Markas Pemerintahan Armada Barat (MPA Barat) dalam kenyataan berkata, eksesais ini melibatkan KD LAKSAMANA HANG NADIM dan VPNS 20 dari TLV.
Menurut MPA Barat, latihan PASSEX dijalankan saban waktu oleh TLDM dengan kapal perang sahabat yang melalui perairan negara.
“Kali ini, PASSEX dilaksanakan bersama VPNS 20 yang sedang dalam pelayaran ke destinasi seterusnya selepas selesai melaksanakan lawatan operasi di Pangkalan TLDM Lumut sejak 8 Februari lalu,
“TLDM sentiasa mengambil peluang seperti ini untuk meningkatkan kesalingoperasian dengan angkatan laut sahabat selain memperkasakan diplomasi pertahanan negara,” jelas MPA Barat. -airtimes.my
#TLDM #Malaysia #Vietnam #latihan #pertahanan #airtimes
