Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Eksesais Desert Tiger: Tingkat kompetensi trup mekanize di kawasan terbina

Eksesais Desert Tiger: Tingkat kompetensi trup mekanize di kawasan terbina

by Nurulhuda

KUANTAN, 6 Feb – Eksesais Bilateral Tentera Darat Malaysia (TDM) bersama United Arab Emirates Land Forces (UAELF) akan meningkatkan kompetensi trup dan keupayaan anggota dalam aspek operasi mekanize terutamanya di persekitaran padang pasir serta kawasan terbina.

Panglima Briged Keempat Infantri Malaysia Mekanize (4 Bgd, Mek), Brigedier Jeneral Wan Mohd Faizal Shahrin W.Mohamad Fablillah berkata, eksesais ini juga dapat memperluaskan lagi pengalaman dan pengetahuan pegawai dan anggota dari aspek peperangan di antara TDM serta UAELF.

Beliau berkata demikian semasa menyempurnakan penghantaran kontinjen Eksesais Desert Tiger 7/2024 di Pangkalan Udara TUDM Kuantan, pada Isnin.

Wan Mohd Faizal turut berharap, pasukan yang terlibat mempamerkan tahap profesionalisme yang tinggi dan terbaik merangkumi segala aspek pengetahuan, pelaksanaan tugas, tatatertib serta tingkah laku sepanjang eksesais dijalankan.

Panglima Briged Keempat Infantri Malaysia Mekanize (4 Bgd, Mek), Brigedier Jeneral Wan Mohd Faizal Shahrin W.Mohamad Fablillah bersama peserta Eksesais Desert Tiger 7/2024 di Pangkalan Udara TUDM Kuantan, semalam. Foto: TDM

Markas 4 Bgd Mek dalam hantaran di Facebooknya memaklumkan, eksesais yang berkonsepkan Cross Training Exercise dan Field Training Exercise ini bermula pada 5 hingga 24 Februari 2024 dilaksanakan di Kem Saih Al-Bana, Ras Al-Khaimah, UAE.

Menurutnya, eksesais ini melibatkan seramai 16 pegawai dan 114 anggota daripada Batalion Ke-12 Rejimen Askar Melayu Diraja (12 RAMD,Mek) serta wakil daripada Markas Tentera Darat (MK TD), markas Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat (MK PMBTD) dan Pusat Latihan Mekanize (PULAMEK).

“Pelaksanaan eksesais ini bertepatan dengan Teras Kelima Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke – 30 ‘Anjakan Diplomasi Pertahanan’ iaitu mempertingkatkan usaha dalam aspek latihan, operasi dan kerjasama pertahanan bersama negara-negara sahabat,” jelas pihak 4 Bgd Mek lagi. -airtime.my

#pertahanan #eksesais #airtimes #malaysia #UAELF

Related Articles

Leave a Reply