Home Pertahanan dan KeselamatanTentera DaratTentera Darat tubuh lembaga siasatan kes kemalangan maut 3 anggota

Tentera Darat tubuh lembaga siasatan kes kemalangan maut 3 anggota

by Nurulhuda
A+A-
Reset

KUALA LUMPUR, 3 Feb – Tentera Darat (TDM) menubuhkan Lembaga Siasatan Dalaman bagi menyiasat kes kemalangan yang mengakibatkan 3 anggotanya terbunuh dalam kejadian dekat Gurun, semalam.

Sehubungan itu, TDM turut meminta semua pihak agar tidak membuat sebarang kenyataan atau spekulasi berhubung kejadian selain tidak menyiarkan gambar mangsa kemalangan bagi menghormati mangsa dan pihak keluarga.

“Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan dan seluruh Warga TDM menzahirkan rasa dukacita serta mengucapkan takziah buat waris dan keluarga anggota berkenaan atas kehilangan mengejut ini,

“Sesungguhnya ini merupakan satu kehilangan yang besar buatTDM serta berdoa agar waris dan keluarga anggota dikurniakan kesabaran dan ketabahan untuk menerima ketentuan Allah SWT,” jelas TDM dalam kenyataan pada Jumaat.

Kenyataan tersebut turut mengesahkan 3 anggota yang terbunuh itu ialah Sarjan Rozali Abdul Rani, Koperal Mohd Asri Idris dan Lans Koperal Mohd Hafiz Haris.

Terdahulu, Air Times melaporkan 3 anggota tentera terbunuh dalam kemalangan membabitkan 3 trak tentera dengan sebuah lori di Kilometer 77.5 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara, dekat Gurun.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.20 pagi itu, ketiga-tiga mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan anggota badan.

Sementara pemandu lori jenis Isuzu berusia 31 tahun mengalami kecederaan parah di kepala dan patah kaki kiri dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar untuk rawatan. -airtimes.my

#kemalangan #TDM #maut #airtimes #pertahanan

Related Articles

Leave a Reply