MELAKA, 20 Jan – Tentera Darat Malaysia (TDM) melaksanakan Eksesais MANTIS Siri 10/2024 bagi mempersiapkan pasukan menghadapi ancaman keselamatan berkaitan kimia, biologi, radiasi, nuklear dan letupan (Chemical, Biological, Radiological and Nuclear, CBRNe).
Markas Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat (PMBTD) memaklumkan, Eksesais Bilateral bersama 𝘊𝘢𝘯𝘢𝘥𝘪𝘢𝘯 𝘚𝘱𝘦𝘤𝘪𝘢𝘭 𝘖𝘱𝘦𝘳𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯 𝘍𝘰𝘳𝘤𝘦𝘴 𝘊𝘰𝘮𝘮𝘢𝘯𝘥 (CANSOFCOM) ini dilaksanakan selama 10 minggu bermula dari 15 Januari 2024 sehingga 8 Mac 2024.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Komander Jurutera Medan Barat (KJMB), Brigedier Jeneral Fazillah Ibrahim selaku Pengarah Eks di Padang Kawad Skuadron Ke-12 Rejimen Askar Jurutera Diraja (12 Skn RAJD CBRNe), Kem Airstrip pada Khamis lalu.

Majlis perasmian Eksesais MANTIS Siri 10/2024 telah disempurnakan oleh Komander Jurutera Medan Barat (KJMB), Brigedier Jeneral Fazillah Ibrahim pada Khamis lalu.
Perbarisan yang dianggotai oleh 8 Pegawai dan 68 Anggota LLP dimulakan dengan nyanyian Lagu Tentera Darat, Gimik Pembukaan Eks, Pemakaian Toha kepada Pelaku Eks dan diakhiri dengan ucapan Perasmian Pembukan Eks oleh KJMB.
“Eksesais ini berkonsepkan Prosedur Persekitaran 𝘊𝘩𝘦𝘮𝘪𝘤𝘢𝘭, 𝘉𝘪𝘰𝘭𝘰𝘨𝘪𝘤𝘢𝘭, 𝘙𝘢𝘥𝘪𝘰𝘭𝘰𝘨𝘪𝘤𝘢𝘭, 𝘕𝘶𝘤𝘭𝘦𝘢𝘳 𝘢𝘯𝘥 𝘌𝘹𝘱𝘭𝘰𝘴𝘪𝘷𝘦 (CBRNE) Dalam Operasi Lawan Keganasan (OLK),
“Eks ini melibatkan latihan bersama oleh Tim Penggempur, Tim CBRNE, Tim CIED, Tim Perubatan CBRNE dan CANSOFOM bagi meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kebolehoperasian dalam operasi gabungan, bersama serta bersepadu antara perkhidmatan dan agensi awam,” jelas PMBTD dalam laman Facebook rasminya.
Menurut PMBTD, eksesais sebegini sejajar dengan Penumpuan Kedua Perintah Ulung PTD Ke-30 iaitu Pengukuhan Keupayaan dan Daya Tempur, serta selari dengan Perintah Ulung PMB TD Ke-24 iaitu Meningkatkan Tahap Keupayaan. -airtimes.my
#pertahanan #airtimes #eksmantis #Malaysia #kanada #CBRNE
