if ( function_exists( 'wp_body_open' ) ) { wp_body_open(); } else { do_action( 'wp_body_open' ); } ?>
Home Pertahanan dan Keselamatan Kartel Perolehan: MINDEF beri kerjasama penuh hingga selesai siasatan

Kartel Perolehan: MINDEF beri kerjasama penuh hingga selesai siasatan

by Nurulhuda

KOTA TINGGI , 20 Jan – Kementerian Pertahanan (MINDEF) mengingatkan supaya kes ‘kartel perolehan’ melibatkan projek pembinaan di sebuah Kem Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Johor bernilai lebih RM9 juta dijadikan pengajaran.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kegiatan sebegitu perlu dielakkan dan setiap projek yang telah diluluskan oleh pihak kerajaan seharusnya diselsaikan mengikut sasaran yang ditetapkan.

Sehubungan itu, beliau berkata, pihaknya akan memberi kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sehingga siasatan kes itu selesai dijalankan.

“MINDEF mengalu-alukan siasatan SPRM susulan penahanan 3 lelaki dipercayai bertindak sebagai dalang kepada ‘kartel perolehan’ membabitkan kerja pembinaan di sebuah kem TLDM di Johor,

“Sebagai menteri, saya amat mengalu-alukan dan akan memberi kerjasama kepada SPRM dan saya harap perkara ini menjadi pengajaran supaya projek-projek kerajaan yang telah diluluskan benar-benar sampai ke sasaran,” katanya seperti dilapor Bernama.

Beliau bekata demikian selepas merasmikan Karnival Komuniti Madani Sedili Kota Tinggi di Sekolah Kebangsaan Sedili Besar, hari ini.

Pada Khamis media tempatan melaporkan 3 individu yang dipercayai terlibat sebagai orang tengah sindiket kartel kerja-kerja perolehan membabitkan sebuah Kem TLDM ditahan di Pejabat SPRM Johor.

Difahamkan, tangkapan ke atas ketiga-tiga individu yang berusia dalam lingkungan 28 hingga 47 tahun itu dibuat atas kesalahan tuntutan palsu dan menjadi dalang ‘kartel perolehan’ kepada 13 buah syarikat pembekal yang menguruskan kerja-kerja pembinaan di sebuah Kem TLDM melibatkan jumlah nilai perolehan keseluruhan melebihi RM9 juta.

Sementara itu, TLDM turut mengesahkan beberapa anggotanya dipanggil SPRM susulan siasatan kes ‘kartel perolehan’ itu.

Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Rahman Ayob berkata, beberapa dokumen turut diambil untuk tujuan siasatan.

“Memang ada beberapa anggota kita (TLDM) telah pun dipanggil untuk memberikan ketenangan,

“Saya difahamkan juga ada beberapa dokumen-dokumen yang telah diambil juga oleh SPRM,” katanya semasa sidang media di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, Kuantan pada Jumaat. -airtimes.my

#pertahanan #kartel #TLDM #Mindef #rasuah #airtimes

Related Articles

Leave a Reply