Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Laut Sandakan Readiness Exercise medan uji kesiapsigaan keupayaan MAWILLA 2

Sandakan Readiness Exercise medan uji kesiapsigaan keupayaan MAWILLA 2

by Nurulhuda

SANDAKAN, 22 Dis – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah melaksanakan latihan Sandakan Readiness Exercise (SREX) Siri 24/23 di perairan pantai timur Sabah, semalam.

Bahagian Komunikasi Strategik Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2) memaklumkan, latihan yang dilaksanakan selama sehari itu bertujuan untuk menilai keupayaan aset serta kecekapan warga kapal di TLDM Sandakan.

“Antara siri latihan yang dinilai ialah aspek navigasi seperti panduarah terang gelap, laluan bebas periuk api, evolusi ilmu kelautan seperti bersauh, menurun dan menaikkan bot,

“Selain itu, latihan mendarat, Mengawal Kerosakan Melawan Api (MKMA) turut diadakan untuk menilai tahap kompetensi terutamanya tim anjungan serta menilai tahap pengoperasian peralatan sedia ada di kapal,” jelas MAWILLA 2 dalam satu kenyataan malam tadi.

KD SRI TIGA dipilih pada siri latihan kali ini kerana kapal berkenaan dijadualkan bakal menghadapi Audit Kesiapsiagaan pada bulan Januari tahun hadapan.

Justeru, persiapan dan pendedahan awal telah diberikan oleh Bahagian Peperangan dan Kesiagaan MAWILLA 2.

“Kejayaan SREX Siri 24/23 ini membuktikan keupayaan warga dan aset Armada TLDM di bawah naungan MAWILLA 2 sentiasa memenuhi keperluan operasi,

“Malah, latihan berkala ini turut menjadi platform terbaik bagi melatih setiap kru kapal melaksanakan tugas dalam situasi kritikal ketika berhadapan dengan ancaman subversif sama ada melalui atas atau bawah permukaan air,

“Perlaksanaan Sandakan Readiness Exercise Siri 24/23 ini membuktikan kesungguhan TLDM sebagai angkatan tentera yang sentiasa bertanggungjawab mengekalkan kestabilan kesiapsiagaan aset dan keselamatan perairan negara,” jelas kenyataan itu lagi.-airtimes.my

#pertahanan #airtimes #TLDM #Sabah

Related Articles

Leave a Reply