PUTRAJAYA, 5 NOV – Menteri Luar Negeri, Dato Seri Zambry Abdul Kadir telah mengesah bantuan kemanusiaan Malaysia untuk Gaza telah selamat tiba di Mesir.
Beliau dalam satu hantaran di akaun media sosial rasminya berkata, barang bantuan telah tiba di Lapangan Terbang Al-Trish, Mesir jam 8.25 pagi waktu tempatan, 4 November 2023.
“Mengikut laporan dari lapangan, barangan bantuan dari Malaysia ini telah dipindahkan ke lori-lori yang telah disediakan oleh Persatuan Bulan Sabit Merah Mesir untuk dibawa terus ke Sempadan Pintu Rafah-Gaza,
“Insya-Allah jika tiada apa-apa halangan, semua barangan bantuan dari Malaysia ini akan sampai kepada rakyat Palestin di Gaza dengan segera,
“Terima kasih kepada semua atas bantuan dan sokongan termasuk doa yang tidak henti-henti untuk dipermudahkan segala urusan misi ini dan misi bantuan yang lain,” katanya.
Difahamkan, penghantaran tersebut merupakan siri pertama dan melibatkan 20 pelbagai barangan termasuk perubatan, barangan bayi serta makanan.
Penghantaran pertama dilaksanakan pada 3 November lalu manakala penghantaran kedua dijangka akan berlepas pada 10 November ini.
Ops Ihsan merupakan usaha yang diterajui oleh Malaysia Humanitarian Aid and Relief (MAHAR), Global Peace Mission (GPM) Malaysia, Red A Humanitarian Development Global, Pertubuhan Ihsan Johor, BeVital dan MAPIM sebagai koordinator utama di samping 38 badan bukan kerajaan yang
lain. – airtimes.my
#AirTimes #Malaysia #Semasa #Gaza