Raifal AK-47 yang dihasilkan oleh Mikhail Timofeyevich Kalashnikova pada tahun 1947, adalah salah satu senjata tempur paling ikonik dalam sejarah senjata api dan turut meminkan peranan dalam berbagai konflik dan revolusi.
Senjata AK-47 adalah sebuah raifal yang paling banyak dihasilkan di dunia dan dibina secara berlesen oleh 12 buah negara.
AK-47 adalah raifal yang mempunyai ciri utama yang tahan lasak, tidak mudah mengalami kerosakkan dan mudah diperbaiki. Raifal ini boleh beroperasi dalam keadaan berdebu, berlumpur dan di dalam suhu yang ekstrim.
Selain dari Rusia, senjata AK-47 digunakan oleh seluruh organisasi pasukan polis dan pasukan tentera lebih kurang di 30 buah negara seperti Afghanistan, Vietnam, Somalia, China, Iraq, Armenia, Afrika dan banyak lagi.
Senjata AK-47 juga turut digunakan dalam konflik Perang Vietnam, Perang Afrika, konflik Timur Tengah termasuk Perang Arab-Israel, Perang Saudara Lebanon, Perang Suriah dan banyak lagi.
Raifal ini juga mempunyai laras sepanjang 870 mm serta mempunyai berat purata 4.3 kg.
Selain itu, senjata itu menggunakan peluru berkaliber 7.62 mm dan boleh menampung kapasiti peluru sebanyak 30 butir dalam satu kelopak.
Jarak keberkesanan tembakan senjata itu boleh menjangkau 300 hingga 400 m.
Sebagai salah satu senjata paling terkenal dalam sejarah, AK-47 tidak hanya mempunyai ciri-ciri yang menarik tetapi juga memiliki sejarah yang mendalam serta meninggalkan impak yang signifikan dalam dunia senjata api dan konflik militer serta di kalangan masyarakat global. – airtimes