Colt M4 ini merupakan senjata raifal buatan daripada Colt Firearms dan Armalite, Amerika Syarikat. M4 digunakan secara meluas oleh tentera Amerika Syarikat dan ia merupakan salah satu senjata utama di dalam pasukan infantri mereka.
Raifal itu telah dibangunkan oleh Amerika Syarikat pada tahun 1988. Senjata itu juga dihasilkan bagi membantu operasi dalam pertempuran jarak dekat mahupun kawasan dalam bandar.
Colt M4 juga turut digunakan ketika menghadapi konflik di Afghanistan pada tahun 2001, perang Iraq, perang Ossetia 2008, perang konflik Israel-Gaza 2008 dan juga krisis pencerobohan Lahad Datu di Sabah pada tahun 2013.
Selain Amerika Syarikat, senjata M4 atau versi baru kini digunakan oleh seluruh organisasi pasukan polis dan tentera di lebih kurang 60 buah negara seperti Afghanistan, Afrika Selatan, Arab Saudi, Argentina, Kuwait, Lubnan dan tidak ketinggalan juga Malaysia.
Senjata ini juga mempunyai laras sepanjang 370 mm serta mempunyai berat purata 2.80 kg.
Selain itu, senjata itu menggunakan peluru berkaliber 5.56×45 mm NATO dan mempunyai kapasiti peluru sebanyak 30 butir dalam satu kelopak.
Jarak keberkesanan tembakan senjata itu adalah 400-600 m.
Dalam masa itu juga, raifal Colt M4A1 ini juga turut digunakan oleh Tentera Darat sebagai senjata utama bagi kelangsungan misi dan kesiagaan dalam mempertahankan tanah air. – airtimes
#M4A1 #AmerikaSyarikat #TenteraDarat #pertahanan