Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat #Pertahanan: Ceroboh masuk negara, 7 PATI Indonesia diusir pulang

#Pertahanan: Ceroboh masuk negara, 7 PATI Indonesia diusir pulang

by Nurulhuda

KUCHING, 31 Julai – Tindakan 7 pendatang asing tanpa izin (PATI) warganegara Indonesia untuk menyusup masuk ke negara ini melalui lorong tikus gagal apabila berjaya dikesan oleh anggota Tentera Darat Malaysia (TDM), pada Ahad.

Pihak Sel Perhubungan Raya, Markas Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Div) memaklumkan, 6 lelaki dan seorang wanita itu berjaya dikesan melalui Op Awas/Keris Parang di 3 lokasi berasingan di Lundu dan Serian.

“Hasil pemeriksaan mendapati kesemua individu warga Indonesia yang berumur 31 hingga 46 tahun itu tidak memiliki pasport atau pas kerja di Malaysia,

“Mereka telah masuk ke negara ini secara haram melalui lorong tikus,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Jelasnya, tangkapan pertama dilakukan sekitar jam 7 pagi oleh anggota yang melakukan rondaan di sekitar sektor Kandaie, iaitu kira-kira 100 meter dari sempadan Malaysia-Indonesia.

“Mereka memasuki negara ini melalui jalan tidak sah,

“Tangkapan kedua pula dilakukan jam 3 petang ketika rondaan di sektor Pos Sungai Paoh, dimana 2 individu cuba masuk menggunakan sebuah motosikal,

“Manakala tangkapan ketiga dibuat jam 4.30 petang di sektor Biawak dengan penahanan 3 individu yang juga cuba memasuki negara melalui jalan yang tidak sah,” jelas kenyataan itu lagi.

Menurutnya, hasil pemeriksaan lanjut mendapati tidak ada barangan terlarang ditemui ke atas PATI berkenaan.

“Nilai keseluruhan barangan yang diperiksa ialah sekitar RM10,392 melibatkan motosikal, telefon bimbit dan wang tunai,

“Kesemua mereka dibuat pengusiran melalui Pos Kawalan Tentera Nasional Indonesia Angkatan Darat (TNI-AD) Kumba Semunying,

Manakala, laporan polis telah dibuat berkaitan pengusiran itu di Balai Polis Lundu,” tambah kenyataan itu. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply