Sewaktu LIMA 2023 baru baru ini, pengunjung di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri telah dikejutkan dengan kehadiran sebuah bot pemintas berhampiran pintu masuk utama. Bot pemintas yang dinamakan Fast Interceptor Craft (FIC) G2000 MkII ini adalah produk terkini keluaran Syarikat Gading Marine (M) Sdn Bhd iaitu syarikat bumiputera tempatan yang semakin mencipta nama dalam industri pembinaan kapal negara.
Difahamkan bot G 2000 MkII ini merupakan versi ketiga dari keluarga bot Siri G2000 yang dibina oleh syarikat Gading Marine.

FIC G2000 Mk I telah membuktikan keupayaannya sebagai salah satu tonggak utama pertahanan negara semasa Op Benteng. Foto: Air Times/M Daim
Sebagai rekod, 2 unit versi pertama iaitu FIC G2000 ini telah diserahkan kepada Pasukan Polis Marin, Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada tahun 2019, manakala versi kedua pula iaitu 6 unit FIC G2000 Mk1 telah diserahkan kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada 2021.
Versi terkini ini iaitu G2000 MKII mempunyai spesifikasi yang lebih tinggi melalui sistem pendorong yang lebih berkuasa, dilengkapi dengan sistem persenjataan Remote Control Weapon Station (RCWS) berkaliber 12.7mm dan beberapa penambahbaikan susunatur dalaman bagi memberikan lebih keselesaan kepada kru.
Pembekalan kesemua 13 unit FIC G2000 MKII ini kepada TLDM dijangka diselesaikan pada September 2024.
Sewaktu LIMA 2023, beberapa delegasi agensi tempatan dan juga luar negara telah menzahirkan minat terhadap FIC G2000 MkII ini.

Tenggekan RCWS 12.7mm merupakan antara penambahbaikan yang diterapkan pada FIC G2000 Mk II.. Foto: Air Times/M.Daim
Difahamkan delegasi dari Gading Marine akan ke Brunei Darussalam sejurus selepas LIMA 2023 dan beberapa negara lain untuk memberikan penerangan yang lebih terperinci berhubung keupayaan G2000 MkII ini.
Semoga produk keluaran tempatan ini akan mendapat sambutan di arena antarabangsa pula.
Tahniah Gading Marine!
Saya bangga jadi rakyat Malaysia!!!