Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat 4 PATI India dicekup lepas sebarang Sungai Golok

4 PATI India dicekup lepas sebarang Sungai Golok

by Nurulhuda

TANAH MERAH, 9 Mei – Tindakan 4 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) warga India menyeberangi Sungai Golok untuk memasuki negara ini gagal, apabila dicekup oleh anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) pada Isnin.

Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Div) dalam satu kenyataan memaklumkan, perbuatan tersebut dikesan pada jam 11.40 pagi ketika mereka menggunakan laluan yang tidak sah di sempadan Malaysia-Thailand.

“Kejadian tersebut berlaku di sektor kawasan tanggungjawab Briged Kelapan Infantri Malaysia (8 Bgd),

“Pasukan beroperasi yang sedang melaksanakan Pos Pemerhati telah berjaya menahan 4 individu yang telah memasuki negara secara haram dengan menyeberangi Sungai Golok,” jelas kenyataan itu.

Menurut pihak 2 Div, hasil pemeriksaan mendapati 4 PATI yang ditahan merupakan warganegara India dan tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

Tambah kenyataan itu, kesemua PATI yang ditahan terdiri daripada seorang wanita dan 3 lelaki berumur antara 25 hingga 39 tahun.

“Turut dirampas adalah 3 telefon bimbit, wang dalam mata wang Malaysia, India dan Thailand dengan anggaran nilai keseluruhan rampasan sebanyak RM4,324.48,

“Kesemua PATI itu diserahkan kepada Balai Polis Bukit Bunga,” tambah kenyataan itu.

Tambahnya, pasukan beroperasi akan terus mempertingkatkan rondaan dan kawalan di sempadan bagi mengekang jenayah rentas sempadan khususnya melibatkan PATI. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply