Home Semasa Dewan Rakyat tak cukup korum: Mana ustaz-ustaz pergi? – Teresa Kok

Dewan Rakyat tak cukup korum: Mana ustaz-ustaz pergi? – Teresa Kok

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 9 Mac – Sesi Dewan Rakyat hari ini hampir tertangguh berikutan bilangan Ahli Parlimen yang hadir semasa sesi penggulungan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi tidak mencukupi.

Ahli Parlimen Pangkalan Chepa, Datuk Ahmad Marzuk Shaary membangkitkan peraturan mesyuarat berhubung bilangan ahli hadir yang tidak mencukupi kepada Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Ramli Datuk Mohd Nor.

“Cukup bilang bagi Majlis Mesyuarat dan Jawatankuasa sebuah-buah Majlis Mesyuarat hendaklah mengandungi dua puluh enam orang ahli dengan tidak termasuk Pengerusi,” kata Ahmad yang memetik perkara 13 (1) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

Ramli bertindak menghentikan Sesi Penggulungan Belanjawan 2023 Peringkat Dasar seketika dan meminta Setiausaha Dewan Rakyat untuk melakukan kiraan.

“Datuk Speaker, yang panggil korum itu geng dia semua tak ada. Mana ustaz-ustaz pergi?” celah Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.

Timbalan Speaker menegaskan beliau mengikut peraturan selepas terdapat Ahli Dewan Rakyat membangkitkan peraturan mesyuarat.

“Minimum 26 orang,” kata Ramli yang merujuk bilangan Ahli Dewan Rakyat yang perlu hadir.

Beliau turut menyatakan loceng akan dibunyikan selama 2 minit untuk memanggil Ahli Parlimen masuk dewan.

“Saya dimaklumkan oleh Setiausaha, tidak cukup. Berada hanya 25 orang,

“Kalau tidak cukup juga, saya akan keluar,” tegas Ramli.

Timbalan Speaker mengarahkan Setiausaha untuk menekan loceng untuk selama 2 minit. Namun, sebelum sempat loceng dibunyikan, bilangan korum mencukupi selepas terdapat Ahli Parlimen mula memasuki dewan.

“Ini ustaz-ustaz tidak bertanggungjawab, mahu panggil korum,” ujar Teresa.

“Saya telah dimaklum oleh Setiausaha Dewan, korum minima telah cukup. 26 orang. Kita teruskan balik Menteri,” kata Ramli. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply