Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Banjir: Mobile Medical Team 7 Bgd beri bantuan perubatan mangsa di Johor

Banjir: Mobile Medical Team 7 Bgd beri bantuan perubatan mangsa di Johor

by Nurulhuda

JOHOR, 6 Mac – Tentera Darat Malaysia (TDM) melalui Markas Briged Ketujuh Infantri Malaysia (7 Bgd) mengaturgerak Mobile Medical Team (MMT) 7 Bgd bagi membantu mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) sekitar negeri Johor sejak negeri ini dilanda banjir.

Pihak Markas 7 Bgd memaklumkan, bantuan perkhidmatan kesihatan dari MMT 7 Bgd turut diaturgerakkan sehingga hari ini dimana perkhidmatan yang diberikan ialah pemeriksaan dan rawatan kesihatan percuma kepada orang ramai yang terkesan dengan bencana itu.

“Rawatan ini bertujuan bagi mencegah penyakit berjangkit dari berlaku dalam kalangan mangsa banjir disamping memberi kemudahan rawatan kepada orang ramai,” jelasnya menerusi hantaran di media sosialnya, malam tadi.

Sejak minggu lalu, Markas 7 Bgd telah diaturgerak bagi membantu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam memberi bantuan kepada mangsa-mangsa banjir yang melanda beberapa daerah di negeri Johor.

Sehingga pagi ini, Johor mencatatkan mangsa tertinggi iaitu 50,596 orang diikuti Pahang (3,014) dan Melaka (595).

7 Bgd memalumkan, pihaknya telah mengaturgerakkan pasukan Batalion Ke-5 Rejimen Askar Melayu Diraja (5 RAMD), 10 RAMD, Batalion Ke-6 Rejimen Renjer Diraja (6 RRD), Rejimen Ke-2 Artileri Diraja (2 RAD), 4 RAD dan Rej 501 Askar Wataniah giat membantu mangsa banjir di sekitar negeri Johor yang terjejas akibat bencana banjir bermula dari 28 Februari lalu.

“Kerjasama erat pelbagai agensi terutamanya Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan lain-lain agensi telah membuatkan kerja-kerja menyelamatkan mangsa banjir lebih mudah dan menyeluruh,

“Formasi 7 Briged senantiasa siap siaga untuk membantu gerakkan Op MURNI sebagai salah satu tugas sekunder di masa aman – Military Operation Other Than War (MOOTW),” jelas hantaran itu lagi. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply