Home Semasa Tanah mendap: Laluan KM73 Jalan Kuantan – Segamat ditutup

Tanah mendap: Laluan KM73 Jalan Kuantan – Segamat ditutup

by Nurulhuda

PEKAN, 2 Mac – Laluan di Kilometer 73 Jalan Kuantan-Segamat ditutup kepada semua jenis kenderaan bermula hari ini ekoran berlaku tanah mendap dan hakisan akibat hujan lebat yang berlaku sejak semalam.

Ibu Pejabat Polis Daerah Pekan menerusi satu kenyataan yang dimuat naik laman Facebook rasmi memaklumkan penutupan jalan ditutup sepenuhnya bermula jam 1 pagi tadi sehingga kerja-kerja pembaikan selesai dijalankan.

“Penutupan jalan dibuat selepas mendapatkan penilaian keselamatan daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) Pekan dan orang ramai dinasihatkan mematuhi tanda arahan yang dipasang di laluan tersebut,” menurut kenyataan itu.

Bagi laluan alternatif, pihaknya mencadangkan pengguna jalan raya boleh menggunakan laluan alternatif dari arah Kuantan-lampu isyarat Paloh Hinai-Jalan Batu Balik-Pekan

“Sementara sekiranya dari Jalan Segamat menuju ke Muadzam Shah mengunakan laluan Leban Condong menuju Nenasi,” jelasnya lagi.

Menurutnya, tanda amaran dan isyarat sedang dipasang pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dan kontraktor jalan bertanggungjawab.

“Pengguna jalan raya dinasihatkan agar mematuhi tanda-tanda arahan yang dipasang dan berhati-hati semasa memandu,

“Maklumat terkini boleh didapati dari Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan di talian 09-4221999,” tambah kenyataan itu.-airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply