Home SemasaGlobal Kuwait negara ke-28 untuk beli Bayraktar TB2

Kuwait negara ke-28 untuk beli Bayraktar TB2

by M.Daim

ANKARA, 21 Jan – Pesawat tanpa pemandu bersenjata (UCAV) Bayraktar TB2 sekali lagi mendapat perhatian pasaran global.

Terkini, Kuwait menjadi negara ke-28 untuk membeli sistem UCAV keluaran Turki.

Perkara tersebut disahkan oleh syarikat pengeluar, Baykar dalam satu hantaran di akaun media sosial rasminya.

“Semoga berjaya dengan kontrak bernilai USD$370 juta yang kami meterai dengan Kementerian Pertahanan Kuwait,” katanya dalam hantaran.

Sementara itu, media Timur Tengah melaporkan Kuwait akan menerima sebanyak 18 buah Bayraktar TB2 melalui perolehan tersebut.

Bayraktar TB2 mempunyai rekod tersendiri dalam konflik di Libya, Syria, Nagarno-Karabakh dan Ukraine. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply