Home Semasa Tanah Runtuh: Mayat lelaki dewasa ditemui – Bomba

Tanah Runtuh: Mayat lelaki dewasa ditemui – Bomba

by Nurulhuda

BATANG KALI, 21 Dis – Satu lagi mayat ditemukan di lokasi pencarian tragedi tanah runtuh tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Jalan Genting-Batang Kali, hari ini.

Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor dalam kenyataan memaklumkan, mayat lelaki itu ditemui di Sektor B (farm view), pada jam 11.16 pagi tadi.

“Kemas kini setakat jam 11.16 pagi, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) Operasi Tanah Runtuh Jalan Batang Kali – Genting Highlands telah berjaya menemui seorang lagi mangsa iaitu lelaki dewasa di sektor B,

“Ini menjadikan jumlah mangsa korban tanah runtuh yang berjaya ditemui adalah sebanyak 26 orang,

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa pada hari keenam diteruskan lagi bagi mencari baki 7 mangsa yang masih hilang,” jelas JBPM.

Pada Jumaat lalu, sejumlah 94 orang mangsa yang berada di tapak perkhemahan tersebut terlibat dengan kejadian runtuhan yang berlaku pada jam 2.24 pagi.

Seramai 61 orang berjaya diselamatkan, manakala 26 orang meninggal dunia iaitu 5 kanak-kanak (lelaki), 3 kanak-kanak (perempuan), 13 dewasa (wanita) dan 5 dewasa (lelaki). -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply