Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Tentera Darat atur gerak anggota, aset bantu mangsa banjir di Pahang dan Terengganu

Tentera Darat atur gerak anggota, aset bantu mangsa banjir di Pahang dan Terengganu

by Nurulhuda

KUALA LIPIS, 12 Dis – Tentera Darat Malaysia (TDM) terus mengaturgerakkan anggota dan aset bagi membantu agensi terlibat dalam menyelamatkan serta memindahkan mangsa-mangsa banjir di kawasan yang terjejas.

TDM menerusi hantaran Facebook rasminya memaklumkan, anggota dari Batalion Ke-8 Rejimen Askar Melayu Diraja (8 RAMD) telah diaturgerakkan ke kawasan yang telibat banjir di sekitar Kuala Lipis.

“Anggota 8 RAMD telah membantu memindahkan seorang warga emas berusia 76 tahun, Encik Abdul Aziz Mat Amin yang menghidapi sakit batu karang dari rumahnya di Kampung Lubok Kulit, Kuala Lipis ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Lubok Kulit pada 11 Disember 2022 lalu,” jelas TDM.

Selain itu, anggota Batalion ke-18 Rejimen Askar Melayu Diraja (18 RAMD) Para pula telah memberikan bantuan kepada mangsa banjir dalam menyiapkan PPS di Kampung Seberang Pintasan, Dungun, pada Ahad.

Anggota dari 18 RAMD Para bantu pihak berkuasa tempatan menyediakan Pusat Pemindahan Sementara di Dewan Sivik Seberang Pintasan, Dungun.

“Seramai seorang pegawai dan 10 anggota telah mengembeling tenaga dalam menyiapkan PPS Dewan Sivik Seberang Pintasan tersebut,

“Penyediaan PPS diharapkan dapat memberi sedikit sebanyak keselesaan kepada mangsa-mangsa banjir,” jelas Markas Briged Kelapan Infantri Malaysia (8 Bgd).

Sehingga pagi tadi, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan jumlah mangsa banjir di 11 PPS yang beroperasi di negeri Pahang meningkat kepada 573 orang berbanding 561 orang malam tadi.

Temerloh merupakan daerah paling ramai mangsa dengan 383 orang di sebuah PPS diikuti Lipis (2 PPS, 89 mangsa), Raub (5 PPS, 53 mangsa), Jerantut (1 PPS, 20 mangsa) dan Bera (2 PPS, 28 mangsa).

Sementara itu, di Terengganu, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 659 orang daripada 168 keluarga berbanding 593 orang daripada 151 keluarga malam tadi dimana, sebanyak 11 PPS sedang beroperasi sehingga ke hari ini. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply