Home Politik PBRS sokong cadangan Zahid jadi TPM

PBRS sokong cadangan Zahid jadi TPM

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 27 Nov – Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) menyokong gesaan supaya Pengerusi barisan nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjadi Timbalan Perdana Menteri dalam kerajaan perpaduan.

Presiden PBRS, Datuk Fredie Sua menyifatkan Zahid adalah calon terbaik untuk menerajui jawatan kedua tertinggi kerana BN adalah rakan kongsi utama dalam kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sua berkata demikian bagi menyokong cadangan dibuat Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Razlan Rafii semalam dengan menyatakan bedasarkan hierarki UMNO, Zahid sebagai presiden parti paling layak untuk jawatan itu.

“Ini bagi membolehkan penubuhan kerajaan Malaysia baru,” katanya pada satu kenyataan, semalam

Beliau berkata, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu ada hak dilantik ke jawatan berkenaan kerana beliau belum disabitkan dengan apa-apa kesalahan di mahkamah.

“Selagi proses belum selesai, maka Zahid Hamidi selaku ahli parlimen Bagan Datuk, belum disabitkan kesalahan,

“Justeru itu, beliau berhak untuk dilantik ke jawatan Timbalan Perdana Menteri mengikut hierarki sebagai pengerusi BN dan presiden UMNO,” ujarnya.

Zahid kini berdepan pendakwaan di mahkamah atas tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram.

Tambahnya, kes mahkamah terhadap ahli politik antara cabaran perlu diselesaikan dan menambah, beliau yakin proses mahkamah dilaksanakan dengan adil.

Untuk rekod, Zahid dibebaskan daripada semua 40 pertuduhan rasuah dalam kes Sistem Visa Asing.

Mahkamah Rayuan telah menetapkan 10 Januari 2023 untuk satu lagi pengurusan kes rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan membebaskan Zahid. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply