Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat TDM, TNI-AD laksana kawalan bersama di sempadan Sarawak-Kalimantan Barat

TDM, TNI-AD laksana kawalan bersama di sempadan Sarawak-Kalimantan Barat

by Nurulhuda

SARAWAK, 25 Nov – Malaysia dan Indonesia bekerjasama melaksanakan aktiviti Patroli Terkoordinasi (PATKOR) di antara Tentera Darat Malaysia (TDM) bersama Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Darat (TNI-AD) di sempadan Sarawak dan Kalimantan Barat (KALBAR).

Markas Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Div) memaklumkan, operasi ini melibatkan platun dari Batalion Ke-13 Rejimen Askar Melayu Diraja (13 RAMD) mewakili TDM dan TNI-AD di bawah pemerintahan KODAM XII Tanjung Pura.

Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Ketua Staf Markas Briged Ketiga Infantri Malaysia (3 Bgd), Leftenan Kolonel Ameruddin Razali dan Kasi Ops Kolakopsrem 121/ABW, Kolonel Inf Iwan Purbantoro di Pos Gabungan Malaysia-Indonesia (GABMA) Lubok Antu, semalam.

Seramai 2 pegawai dan 47 anggota terdiri dari kedua-dua angkatan darat telah menyertai PATKOR kali ini yang bermula semalam sehingga 1 Disember 2022.

“Aktiviti rondaan selama 8 hari ini merangkumi kawasan sempadan sepanjang 20 ke 30 kilometer (km),

“Di samping itu, turut diadakan aktiviti sukan dan Program Jiwa Murni atau Karya Bakti di antara kedua belah pihak melibatkan penduduk kampung di perbatasan sempadan negara. Acara penutup dijangka akan diadakan pada 1 Disember 2022 di pos Gabungan Bersama (GABMA) Nanga Badau,” jelas Markas 1 Div dalam kenyataan pada Khamis.

PATKOR merupakan aktiviti susulan yang dirangka untuk meningkatkan lagi komunikasi dan koordinasi serta menghindarkan terjadinya salah faham mahupun provokasi antara pasukan dari kedua negara yang sedang melaksanakan tugas diperbatasan Sarawak dan KALBAR.

Pelaksanaan aktiviti bilateral ini merupakan kesinambungan daripada Pengaktifan Pos GABMA melibatkan 3 sektor iaitu Biawak, Tebedu dan Lubok Antu yang ditutup sebelum ini disebabkan pandemik COVID-19.

PATKOR yang ditunda sejak dari tahun 2022 kerana pandemik telah diaktifkan semula pada tahun ini dan Siri 1/2022 telah dilaksanakan pada 21 hingga 30 Ogos 2022 yang lepas. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply