Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat PRU15: Nahas hari pengundian awal, trak ATM kemalangan, 2 parah

PRU15: Nahas hari pengundian awal, trak ATM kemalangan, 2 parah

by Nurulhuda

REMBAU, 15 Nov – Sebuah trak milik Angkatan tentera Malaysia (ATM) yang dalam perjalanan dengan membawa 24 anggota ke Pusat Pengundian Awal Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) terlibat dalam kemalangan di kilometer 13, Jalan Chengkau – Pancang di Kampung Durain Daun, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.40 pagi tadi itu, 18 daripada mangsa terpaksa dikejarkan ke hospital dengan dua daripadanya menerima rawatan di zon merah Hospital Rembau.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Hazri Mohamad berkata, kemalangan berkenaan membabitkan sebuah trak daripada pasukan Rejimen Ke-11 Kor Armor Diraja (11 KAD) Gemas yang dalam perjalanan ke Port Dickson.

“Trak tersebut difahamkan dalam perjalanan ke Pusat Mengundi di PUSASDA (Port Dickson) untuk tujuan mengundi awal,

“Kesemua mangsa yang cedera telah pun dibawa ke Hospital Rembau untuk menerima rawatan dan siasatan lanjut berhubung kejadian sedang dilakukan,” katanya pada Selasa.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota, Penolong Penguasa Bomba, Ahmad Hafezze Mat Junoh berkata, 18 mangsa dikejarkan ke hospital manakala 6 lagi anggota tentera menerima rawatan di lokasi kejadian.

“Daripada 18 mangsa yang dihantar ke hospital, 2 mangsa di zon merah, 7 di zon kuning dan 9 lagi di zon hijau,” ujarnya.-airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply