Home PolitikPAS /PPBM / LAIN Setelah digugurkan UMNO, Shahidan sah tanding di Arau atas tiket PN

Setelah digugurkan UMNO, Shahidan sah tanding di Arau atas tiket PN

by Nurulhuda

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=WazCBZjcnJ4[/embedyt]

 

MARANG, 4 Nov – Datuk Seri Shahidan Kassim yang digugurkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Arau mengesahkan akan mempertahankan kerusi tersebut pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) atas tiket Perikatan Nasional (PN).

Pengumuman tersebut dibuat oleh Presiden PAS, Tan Seri Abdul Hadi Awang pada Majlis Pengisytiharaan Calon PAS Terengganu PRU15, malam tadi.

Selain Shahidan, Abdul Hadi turut mengumumkan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Ismail Abdul Mutalib akan mempertahankan kerusi Parlimen Maran di Pahang, juga atas tiket PN.

Shahidan dan Ismail telah digugurkan sebagai calon oleh BN pada pilihan raya kali ini.

Selepas diumumkan sebagai bakal calon PN bagi Parlimen Arau, Shahidan dalam ucapannya berkata, beliau membuat keputusan untuk mewakili PN kerana menyifatkan Abdul Hadi memahami dirinya dan mereka tetap bersahabat walau berbeza pendapat.

“Saya idamkan perpaduan ummah ini. Saya nak PAS dan UMNO di Arau sokong saya. Biar Muafakat Nasional bermula di Arau,

“Saya akan gempur Arau habis-habisan. Sekali saya masuk gelanggang saya nak menang. Kita hendak perpaduan untuk memerintah negara,” katanya selepas diumumkan sebagai calon PN.

Dalam masa yang sama, beliau sekali lagi mendakwa Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, bersikap tidak jujur dan menipu apabila mengubah namanya daripada bertanding tanpa mengikut keputusan Top-5.

“Saya tidak berpuas hati. Presiden UMNO, adalah seorang penipu. Dia (Zahid Hamidi) kata kita serah kepada Top 5,

“Top 5 pilih nama saya, tapi dia ubah nama. Lepas itu apabila saya kata saya tidak akan bersama dengan mereka (BN), dia kata saya khianati parti, siapa khianati parti? Dia ataupun saya?

“Dia tidak ikut keputusan Top 5, bila dia pilih dia guna nama parti. Sudah, cukuplah, itu sudah lepas, tak mahu lagi dah,” katanya. -airtimes.my

Berikut senarai calon PN bagi PRU15 di Terengganu:

P033 Besut – Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh

P034 Setiu – Shaharizukirnain Abd Kadir

P035 Kuala Nerus – Datuk Dr Alias Razak

P036 Kuala Terengganu – Datuk Ahmad Amzad Hashim

P037 Marang – Tan Sri Abdul Hadi Awang

P038 Hulu Terengganu – Datuk Rosol Wahid

P039 Dungun – Wan Hassan Mohd Ramli

P040 Kemaman – Che Alias Hamid

Related Articles

Leave a Reply