Home PolitikPakatan Harapan PH sahkan DUN Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan tidak dibubarkan

PH sahkan DUN Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan tidak dibubarkan

by Air Times News Network

PETALING JAYA, 15 Okt – Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) mengesahkan untuk tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan.

Pengerusinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan diambil bagi menolak kerakusan pemerintah untuk memaksa pilihanraya dalam keadaan rakyat derita dan susah menghadapi banjir.

“Kita mahu jentera kerajaan yang sah dan mempunyai mandat bukan ‘caretaker government’ menumpukan bukan pada pilihan raya atau kedudukan mereka,

“Tetapi menumpukan perhatian sepenuhnya persiapan serta penyelesaian mengurangkan beban kesukaran hidup mangsa-mangsa banjir,

“Jadi kalau itu keputusannya, maka kerajaan negeri tentu tertumpu hanya kepada permasalahan yang saya anggap kian mendesak berkait banjir,” katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Majlis Presiden PH di Ibu Pejabat PKR, pada Sabtu.

Menurut Anwar, PKR dan Amanah pada peringkat awal membuat pendirian sama untuk tidak membubarkan DUN di bawah pentadbiran PH.

“Oleh demikian saya dan parti Amanah yang mempunyai pendirian sama pada peringkat awal serta DAP mengambil masa menjelaskan pendirian mereka,

“Tapi akhirnya Setiausaha Agung DAP memutuskan bahawa kita PH dan 3 negeri (dibawah pentadbiran) PH akan bersama membuat keputusan menangguhkan pilihan raya negeri, supaya tumpuan dibuat menangani permasalahan banjir,” ujarnya. – airtimes.my

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply