Home Pertahanan dan Keselamatan JIM serbu pusat hiburan, 9 warga asing ditahan

JIM serbu pusat hiburan, 9 warga asing ditahan

by Air Times News Network

AYER KEROH, 15 Okt – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah menyerbu sebuah pusat hiburan di bandar Melaka dan menahan 9 warga asing kerana melakukan pelbagai kesalahan.

JIM dalam hantaran di media sosialnya berkata, operasi penguatkuasaan pada jam 11 malam semalam diketuai Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud bersama 23 pegawai imigresen Putrajaya.

“Seramai 38 individu telah diperiksa, daripada jumlah ini seramai 9 orang warga asing telah ditahan kerana telah melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

“Selain itu, seramai 5 individu turut dikenakan notis untuk hadir memberi keterangan. Kesemua warga asing yang ditahan dibawa ke Pejabat Imigresen Negeri Melaka untuk tindakan lanjut,” katanya. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply