Home Politik Pulau Batu Puteh: Kenapa bekas Menteri PH seolah-olah hilang ingatan? – Asyraf Wajdi

Pulau Batu Puteh: Kenapa bekas Menteri PH seolah-olah hilang ingatan? – Asyraf Wajdi

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 15 Okt – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mempersoalkan kenapa bekas Menteri-Menteri Pakatan Harapan (PH) di bawah pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad seolah-olah pakat hilang ingatan apabila ditanya mengenai kes kecuaian mereka sehingga terlepasnya kedaulatan Pulau Batu Puteh kepada Singapura.

Beliau berkata demikian dalam hantaran di media sosialnya dengan berkongsikan kenyataan-kenyataan dari bekas-bekas Menteri PH.

Kenyataan-kenyataan bekas Menteri PH adalah:

“Saya tak ikut isu Pulau Batu Puteh. Dalam ingatan saya, kena tanya Saifuddin Abdullah, mendiang Liew Vui Keong sebab mereka yang syorkan keputusan lepaskan tuntutan,” kata Pengerusi DAP, Lim Guan Eng yang juga bekas Menteri Kewangan.

Setiausaha Agung DAP yang juga bekas Menteri Pengangkutan, Anthony Loke pula berkata: “Saya enggan ulas kerana tidak ingat sama ada Mahathir atau Jemaah Menteri membuat keputusan untuk menarik balik permohonan itu”.

Manakala Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Redzuan Yusof berkata: “Salah kerajaan BN dipimpin Najib Razak sebab cuai”.

“Saya tak ingat dan minta wartawan mengesahkan dengan Mahathir sendiri,” kata bekas Menteri Industri Utama, Teresa Kok.

Bekas Menteri Sumber Manusia, M Kula Segaran dan bekas Menteri Wilayah Khalid Samad pula enggan mengulas lanjut serta perlu menyemak nota berhubung isu itu. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply