Home PolitikPAS /PPBM / LAIN 12 sebab DAP parti rasis – PAS

12 sebab DAP parti rasis – PAS

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 13 Okt – Ketua Penerangan PAS, Senator Khairil Nizam Khirudin memberikan 12 sebab DAP adalah sebuah parti rasis.

Menurut Khairil Nizam 12 sebab tersebut adalah:

–  Perlembagaan DAP menyebut antaranya ‘mengesahkan lagi dan memulihkan Perlembagaan Malaysia kepada rangka kerja sekular yang asal’.

–  Tidak pernah menyembunyikan permusuhan terhadap cadangan meminda Akta Mahkamah Syariah (RUU 355).

–  Menyokong supaya Konvensyen Antarabangsa Mengenai Pembasmian Diskriminasi Kaum (ICERD) diratifikasi yang bakal menggugat keharmonian kaum.

–  Lim Kit Siang menuduh khutbah Jumaat menyebarkan kebencian dan merosakkan keharmonian kaum.

–  Pengerusi Wanita DAP mengkritik kewajipan menutup aurat.

–  Setiausaha Agung DAP menggelar Dr. Zakir Naik sebagai ‘syaitan’.

–  Mempersoalkan laungan azan dan bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara yang dikatakan mengganggu bukan Islam.

–  Sultan Selangor pada 2014 murka dengan DAP kerana enggan mengemukakan lebih 2 nama untuk calon MB (Menteri Besar) Selangor susulan Langkah Kajang.

–  Lim Kit Siang menyeru ADUN DAP memboikot upacara mengangkat sumpah MB Perak kerana tidak bersetuju dengan perkenan Sultan Perak melantik MB ketika itu.

–  Nga Kor Ming menyindir pemakai purdah dan menyifatkan pemimpin UMNO Pulau Pinang sebagai ‘pemimpin Melayu otak cacat’ kerana mencadangkan pramugari MAS memakai pakaian menutup aurat.

–  Ngeh Koo Ham DAP Perak 2 kali menyatakan agar umat Islam diberi kebebasan untuk murtad jika seseorang Islam hendak keluar dengan kerelaannya.

–  Deklarasi Setapak DAP menyatakan “kesemarataan etnik harus menjadi prinsip paling penting, dan di atas prinsip inilah pengasingan rakyat ke dalam dua kelompok ‘Bumiputera’ dan ‘bukan Bumiputera’ ditentang”.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!