Home Semasa Memang UMNO yang mahu PRU awal – Tun Mahathir

Memang UMNO yang mahu PRU awal – Tun Mahathir

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 13 Okt – Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sepatutnya tidak menyalahkan 12 menteri Perikatan Nasional (PN) ayng mengutus warkah kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, sehingga beliau membuat keputusan pembubaran Parlimen.

Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) itu turut menegaskan, walaupun Ismail Sabri berhak membuat keputusan sendiri tetapi dalam kerajaan campuran, parti komponen berhak memberi pandangan mereka.

“Wahai PM. Tak usahlah salahkan 12 menteri PN,

“Walaupun PM berhak membuat keputusan sendiri tetapi dalam Kerajaan campuran pengetahuan dan persetujuan parti komponen berhak memberi pandangan mereka,” katanya dalam hantaran di Facebook beliau pada Khamis.

Menurut Tun Mahathir, hakikat sebenarnya sememangnya UMNO yang mahukan Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan segera.

“Memang pun UMNO yang hendak PRU awal. Pedulikan banjir. Yang penting ialah UMNO menang dan penjenayah-penjenayah elak dari dihukum segera,” sindir beliau.

Selalau lalu, Ismail Sabri mendakwa, keputusan pembubaran Parlimen dibuat berikutan 12 menteri menunjukkan sikap tidak wajar, mengutuskan warkah kepada Yang di-Pertuan Agong.

Tegasnya, pembubaran itu bertujuan menghalang daripada tercetusnya ketidakharmonian dalam pentadbiran Kerajaan.

Ujarnya, tindakan Menteri-menteri ini jelas membelakangkan institusi Perdana Menteri yang mana pelantikannya telah diperkenan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sekali gus mengikis semangat solidariti dalam pentadbiran Kerajaan.

Beliau berkata demikian bagi merujuk kenyataan media dari Istana Negara yang menyatakan Yang di-Pertuan Agong kecewa dengan perkembangan politik semasa tanah air. -aairtimes.my

Related Articles

Leave a Reply