Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Rejimen 509 Askar Wataniah laksana PJM di Kampung KEDA, erat hubungan setempat

Rejimen 509 Askar Wataniah laksana PJM di Kampung KEDA, erat hubungan setempat

by Nurulhuda

BALING, 12 Okt – Seramai 6 orang pegawai dan 58 anggota daripada Rejimen 509 Askar Wataniah (Rej 509 AW) telah melaksanakan Program Jiwa Murni (PJM) bertempat Perkampungan KEDA, Ulu Bakai, pada Isnin lalu.

Markas Rej 509 AW menerusi hantaran di media sosialnya memaklumkan, program yang dilaksanakan ini merangkumi aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan kampung, memotong rumput, membuang sampah serta fasiliti seperti di Dewan Serbaguna, surau dan gelanggang futsal.

Menurut Rej 509 AW, aktiviti ini merupakan satu inisiatif bagi Tentera Darat Malaysia (TDM) khususnya Rejimen ini dalam meningkatkan imej TDM dalam kalangan masyarakat tempatan.

“Selain itu, ianya mampu memberikan pendedahan kepada rakyat berkaitan fungsi dan tugas TDM di masa aman yang seterusnya mampu menarik minat rakyat tempatan khususnya golongan belia untuk berkhidmat kepada negara melalui penyertaan dalam Askar Wataniah,” jelas hantaran itu.

Tambahnya, pelaksanaan PJM membersihkan kawasan sekitar Kampung KEDA ini adalah sejajar dengan Perintah Ulung PTD Ke-28, Tonggak Kelima iaitu Peningkatan Hubungan Tentera Darat Malaysia (TDM) dengan Awam melalui kerjasama dengan pihak kerajaan dan awam di dalam Military Operation Other Than War (MOOTW). -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply