Home Semasa Remaja diberkas, lebih 200 kg daun ketum dirampas

Remaja diberkas, lebih 200 kg daun ketum dirampas

by Nurulhuda

JOHOR BAHRU, 4 Okt – Seorang remaja lelaki yang menjadi tauke ketum diberkas bersama 201 kilogram (kg) daun ketum dalam 2 serbuan di sekitar Johor Bahru, pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) JBS telah menahan remaja berusia 19 tahun itu di Kampung Melayu Majidee kira-kira 12.30 tengah hari.

Beliau berkata, dalam serbuan itu pihaknya telah merampas satu tong plastik yang mengandungi 18 bungkus plastik lut sinar berisi cecair yang disyaki air ketum seberat 9 liter.

“Seterusnya, dengan dipandu arah oleh lelaki terbabit, satu lagi serbuan telah dibuat di kawasan Taman Istimewa dengan merampas 7 bungkusan plastik hitam yang mengandungi 201 kg daun ketum,” katanya dalam kenyataan semalam.

Raub turut menjelaskan, keputusan ujian saringan air kencing suspek adalah negatif dan dia juga tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

Tambahnya, nilai keseluruhan rampasan dalam serbuan tersebut dianggarkan berjumlah RM2,190.-airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply